Ahad, 22 Mac 2009

Tak Payah Pening.

Thank you to Dhila yang umbrella spider kat KFC. Nyam nyam yummy. Lama tak hanging out sama-sama, bila dapat lepak, macam-macam ceritalah keluar.

Sebelum pergi KFC, temankan Dhila pergi jumpa katerer dia kat Taman Brookland. Berborak dengan akak katerer ni memang syok. Punyalah peramah. Tapi yang spider akan ingat, pesanan dia yang macam dekat bawah ini:-

"korang kalau nak buat kenduri kawin, janganlah duk ikut-ikut orang sangat. Ikut kemampuan sendiri. Buat setakat yang termampu. Kalau nak ikut-ikut orang memanglah ada je yang nak dibuat. Nanti dah habis kendiri, korang gak yang pening kepala. Baik kita buat apa yang dalam kemampuan sahaja. Yang penting yang wajib-wajib."

Pesanan yang satu ni memang akan diingat selalu, malah sekarang pun dah belajar untuk bina kubu dalam diri supaya kebal dengan kata-kata orang lain yang bakal menyibuk untuk tunjuk bagus dalam persiapan majlis kawin nanti (cakap je ni, kawin nya memang tak tau bila lagi). Tapi baiklah buat persiapan mental dari sekarang kan. Lagipun, kalau orang nak kata-kata ke apa, lantak kau orang lah. Yang penting lepas kenduri, kepala otak pengantin tak serabut dan pening-pening nak fikir hutang piutang. Memang sokong sangat kata-kata akak katerer ni, walaupun akak ni buat bisnes katering, tapi dia pun pandai nasihat untuk berjimat. Tak ada pun lingkup bisnes akak kan. Lagi orang nak buat tempahan ada. Murah rezeki.

Pada Dhila (rasahatidihila) yang disayangi, banyak-banyakkan bersabar dalam menempuh proses persiapan ur wedding nanti. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirimu.

6 ulasan:

sEmut berkata...

kenduri aku nanti sape datang makan megi goreng dengan teh o suam kurang manis je.

redspider crystal berkata...

janji ikhlas, spider telan je semua..

dhila berkata...

huhu..nk kawen mmg x byk sikit pon pale otak akn ting tong...neves la x lame lagi dh ni.

wbgstories berkata...

betul tu..buat kenduri kawin ni jgn sampai membazir, nanti hilang keberkatan..nak puaskan hati suma orang memang tak dapat la.

redspider crystal berkata...

Dhila: Rilex2 dhila, nnt dah habis kenduri kawin tu semua lagi nerves kan..
kuikui..

redspider crystal berkata...

wbgstories: sokong wbgstories! Yang penting kena puaskan hati sendiri dulukan...
hati orang 2nd priority.
Kalau sibuk sangat cakap itu ini,
tolonglah sponsor majlis tu nantikan.. senang cerita.

Blog Widget by LinkWithin