Selasa, 31 Mac 2009

Menjahit?Macamana?

Sebelum baca entri kali ni, sila luaskan pemikiran anda seperti anda di dalam satu kursus perkahwinan. Bukan nak cerita yang bukan-bukan. Cuma nak kongsi info je(anggaplah info yer).

(Isu menjahit)

Kak Siti : tau tak kenapa orang dulu-dulu ramai anak?
Spider : akak rasa kenapa?
Kak Siti : sebab dulu-dulu tak ada elektrik, so kerja asyik 'menjahit' jelah.
Spider & Farah: menjahit? (kitaorang faham sebenarnya, tapi tak dapat gambaran apa persamaan menjahit dengan 'buat anak'). Macamana tu kak?
Kak Siti : ah! Malaslah nak cerita lebih-lebih. Fikirlah sendiri.

So, fikirlah sendiri dengan Farah. Macam-macam version keluar.

Farah's version : perempuan is kain, lelaki is jarum (kui kui kui)
spider's version : perempuan is jarum, lelaki is benang (kah kah kah)

Tanya balik kat kak Siti. Dia kata ada kain dengan jarum je, benang tak ada.

Farah tiba-tiba tanya,

Farah : apa yang samanya menjahit dengan benda tu? menjahit kan kita iyut iyut(sambil jari menggayakan aksi orang menjahit yang betul-betul menjahit.)
Kak Siti : Habis tu kalau kau menjahit, tak ada cucuk-cucuk?
Farah : yelah, ada, tapi kan jarum cucuk masuk, cucuk masuk.
Kak Siti : dah tu kalau kau buat benda tu tak keluar-keluar ke? Apa barang nak dalam tu je?keluar masuk keluar masuk gak kan.
Farah : hahaha...
spider : kikiki...betullah tu.

Ahad, 29 Mac 2009

Waktu Kecil Dulu.

Pergi melawat Muzium Negara bersama orang yang penuh kasih sayang. Tiba-tiba teringat kisah dulu-dulu...

Rasanya last sekali pergi Muzium Negara ni sewaktu berumur 12tahun kot. Abah dengan mak yang bawa time tu. Memang abah rajin bawa anak-anak dia pergi jalan-jalan kalau cuti sekolah. Termasuklah pergi ke Muzium ni. Walaupun dah beberapa kali pergi, tapi kalau ada saja cuti sekolah, mesti abah rasa macam nak bawa lagi.

Abah ada cakap, abah bawa jalan-jalan ni nanti senang kalau cikgu tanya, Tidaklah terpinga-pinga sangat. Kira dapatlah juga gambaran. Antara persoalan yang cikgu dah pernah tanya dan spider dah pun jawab:-

C: Dah pernah pergi Muzium?
S: pernah.. (time ni ingat sangat gambar wayang kulit kat dinding atas muzium tu, beberapa kali pergi pun gambar tu lagi, tapi semalam pergi gambar wayang kulit dah tak ada.)

C: Dah pernah pergi zoo?
S: Pernah.. (peristiwa tak boleh lupa, bila spider merajuk sebab abah tak bagi naik basikal dalam air tu. Sesebelum tu kalau pergi abah bagi je naik. Sudahnya, konon merajuk, tak nak berganjak dari depan kolam tu, buat muka. Tapi memang tak dapat naik pun, abah dengan mak buat tak tau je, dan buat-buat nak tinggalkan spider, mana boleh tu.)

C: Dah pernah naik feri?
S: Pernah..

C: Dah pernah pergi Pulau Pangkor?
S: Pernah... (paling ingat bila join sama-sama dinner akak-akak dari Kolej Kejururawatan apa ye? Taiping kot.. Huhu tak ingat lak tempat kolej tu.)

C: .Dah pernah pergi Templer Park?
S: Pernah.. (mau nya tak ingat yang ni. Time ni darjah 3 kot rasanya, pergi picnic, mandi manda lepas tu lupa nak bawa spetot dari rumah.. huhu.. sori, cerita ni time spider budak hingusan lagi.)

C: Dah pernah pergi Genting Highland?
S: Pernah... (ni tempat yang spider suka pergi, tapi kena bawa palstik beg 3, 4 helai untuk tadah muntah. Nasiblah dah besar-besar ni tak selalu buat perangai. Mak pun kadang-kadang tengok spider muntah, dia muntah gak sekali.)

C: Dah pernah pergi Sunway Lagoon?
S: Pernah... (time ni tiket baru berapa ringgit je abah bayar, jauh berbeza dengan sekarang.)

C: Dah pernah pergi Dataran Merdeka?
S: Pernah! Ha...yang ni bukan pernah lagi, time darjah 4, 5 macam tu, siap tido lagi kat dataran tu. huhu...

C: Dah pernah pergi Bukit Bendera?
S: Pernah... (tak boleh lupa kereta api dia. Sebenarnya tak ingat keretaapi ke? Macam keretapi, tapi ingat-ingat lupa.)

C: Dah pernah pergi Pulau Pinang?
S: Pernah... (yang naik feri tulah, kemana lagi kalau tak ke PP.)

C: Dah pernah pergi Thailand?
S: Pernah... Wups! Buat apa lak kt Thailand kan.. Time tu saja abah dengan mak bawa masuk sempadan. Jalan-jalan beli barang murah.)

Itulah antara tempat-tempat yang abah dan mak memang suka bawa time kecil-kecil dulu.

Tapi yang tak boleh lupa, abah bawa pergi tempat kerja dia time spider darjah 4 rasanya. Dia bawa masuk kapal terbang yang tak bergerak. Time tu abah kerja Subang Airport. Tapi harap maklum, bukan pilot kapal terbang ye, pilot shuttle bus je ok... Abah pun bawalah masuk naik kapal terbang yang tak bergerak tu. Pastu abah cakap, nanti kalau cikgu tanya dah pernah naik kapal terbang? cakap pernah... tapi tak bergerak.. kukikui... Itulah abah yang selalunya memang kelakar pun.


So, semalam spider masuk Muzium, tapi tak sangka juga tiket dia cuma RM2 je.. Tak naik-naiklah kot agaknya kan. Dulu-dulu lagi murah, tu yang abah suka bawa agaknya kot. Ntah-ntah free. Spider memang tak ingat. Saja nak share cerita dulu-dulu.. hehe...

Rabu, 25 Mac 2009

Mendapat Doa Malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.

Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Diambil dari Metro ruangan Ad-Din.

Selasa, 24 Mac 2009

Minyak Kereta Habis Pula!

Malam tadi :
Abah bawa Myvi untuk hantar Nazri pergi mengaji. Sampai sahaja di rumah, abah beritahu kat spider, "minyak dah berkelip, baru berkelip", spider jawab, "OK".

Pagi ini :
Keluar rumah macam biasa ke tempat kerja. Hantar dulu cousin ke sekolah sebab kereta ayah dia kat workshop. Sampai kat S.M.K. Banting, turunkan dia dan 2 orang lagi anak jiran yang ikut tumpang.

Sambung semula perjalanan ke Shah Alam. Dalam hati dah berkira-kira, 'nak isi minyak kat Shell Shah Alam lah. Sempat rasanya ni.' Maka spider pun meneruskan lah lagi perjalanan tanpa menoleh ke arah stesyen-stesyen minyak yang lain.

Sambil memandu, terfikir juga macam ni, 'kalaulah minyak habis tengah jalan, nak buat macama ye..'. Tapi pada waktu yang sama, tiba-tiba terfikir, 'rasanya sempat ni'. Bila hati dah berbisik macam tu, perjalanan pun diteruskan lagi tanpa berhenti di mana-mana stesyen minyak. Sebab dari awal dah set nak isi kat Shell Shah Alam.

Sampai kat Klang, hati sudah semakin lega sebab yelah, dah nak sampai Shah Alam kan. Tapi waktu tu, memang sejujurnya sekali lagi terfikir sekiranya kereta mati tengah-tengah jem kat bandar Klang tu. What should I do? Lepas tu hati ni berkata lagi, 'ish, kenapa asyik fikir minyak habis je ni, sempatlah, sempatlah hendaknya.' 'Tapi kalau tak sempat macamana?' 'ish, tak lah, sempat punya.' Betul-betul lah spider menyedapkan hati sendiri, sebab pagi tadi memang jem teruk kat Klang tu (sebenarnya hari-hari pun teruk gak).

Maka teruskan lah juga memandu sambil dalam hati turut berdoa pada Yang Maha Esa supaya izinkanlah spider sampai di Shell Shah Alam sebelum minyak dalam tangki kereta ni habis. Tiba-tiba, betul-betul dekat selekoh bawah jambatan yang jem gila tu, Myvi ni betul-betul habis minyak dan mati terus kat situ. Try start balik tapi memang sah dah tak boleh. Tahulah spider bahawa apa yang bermain-main di fikiran tadi telah betul-betul terjadi. KERETA MATI SEBAB MINYAK HABIS DALAM JEM.

Memandangkan waktu tu tak sampai 5minit pun lagi nak pukul8.00pagi, spider terus je cabut kunci, keluar dari kereta dan kunci balik, lalu terus menapak mencari-cari polis traffic yang sedang mengawal lalulintas kenderaan kat situ.

Ternampak dua orang polis dari jauh, dan terus je spider menuju ke arah mereka. Bila sampai je dekat, spider ternampak lambang kat uniform baju putih tu, lambang yang lain dari polis traffic. Spider pun tengok lagi betul-betul, dan, ooo...rupanya abang berdua ni bukan polis. Jaga bangunan bank kat situ. Adui..nasiblah tak sempat buka mulut, spider dah perasan yang tu bukan polis, kalau tak malunya..Diaorang ni pun uniform putih dah macam polis, lepas tu pergi pakai lagi baju yang ada glow warna hijau yang memang polis selalu pakai tu juga. Tu lah yang buat spider confuse.

Bila dah tahu yang tu bukan polis, spider terus lagi merayap laju-laju mencari polis traffic yang sebenar. Ok, jumpa alhamdulillah. Terus cakap kat polis traffic tu, "encik boleh tolong tak, kereta saya mati kat sana (menunjukkan arah tempat kereta spider yang tersadai tu). Polis traffic tu pun cakap, "kena tolak tepi tu." Spider jawab, "saya tahu, tapi saya sorang." Polis tu cakap lagi, "saya tahu awak sorang, jom saya tolong tolak." Dalam hati spider 'alhamdulillah, ingat nak suruh spider tolak sorang-sorang tadi, fuh!' Sempat lagi polis ni cakap, 'awak nak jalan kenapa lah tak isi minyak awal-awal.' Adui...kena gak sound. Tapi nasiblah muka dia senyum je. Tapi kalau dia masam pun, spider senyap jelah. Mana boleh nak marah-marah pula balik, dahlah nak minta tolong kat dia..huhu..pastu dah memang salah sendiri..hmm...terima. Spider pun sempat gak balas balik, "ingatkan tadi sempat encik nak sampai." Polis tu senyum je lagi. Mesti dia lagi masak dengan jawapan-jawapan yang macam ni kan.

Sampai je kat tempat kereta spider yang tersadai tu, polis suruh masuk dalam kereta control stering, dia tolak. Memang berjaya menolak sampai ke tepi jalan. Thank you so much to encik polis ni.

So, spider terus je lock kereta and terus lagi merayap-rayap dengan lajunya pergi ke stesyen minyak yang berhampiran. Nasib jugalah stesyen yang dekat memang ada. Thank you gak pada BHP sebab bina petrol pam kat situ. Sambil lap-lap peluh di dai, spider tanya kat uncle yang jaga pam, "uncle, mau beli petrol. Kereta saya sudah mati kat sana." uncle tu jawab, "OK OK." Spider tanya lagi berapa ringgit nak kena beli uncle?" yelah, spider memang tak tahu nak estimate sebab belum pernah lagi beli minyak macam ni. Uncle yang baik tu pun jawab balik, "tak payah tak payah, free saje. Ikut saya sini." Spider mula kebingungan, tapi terus gak ikut langkah uncle tu sambil bercakap dalam hati, 'aik, free ke, baik nya uncle ni..ni kedai dia kot, agaknya sian kat spider ni, peluh-peluh sampai sini, kereta mati tengah jalan..baik uncle ni..susah nak dapat minyak free..tapi..eh..kenapa kat sini..la..patutlahh..' "eh, uncle! Saya mahu beli itu minyak petrol, itu minyak, bukan botol minyak." Patutlah dia kata free. Uncle tu pun jawab kat spider, "saya tau you mahu beli itu petrol, tapi ini bagi isi you punya minyak. You mana ada botol kan?" Lalu spider pun hanya mampu tersengih macam ala-ala malu tersipu-sipu. Oh, rupanya spider yang blur, bukan uncle ni. Uncle ni pun masukkan lah minyak dalam botol minyak kosong 3liter, dan suruh spider bayar RM5 kat kaunter. Thank you uncle!

Dah dapat minyak, spider pun terus lah menuju ke tempat kereta dengan lajunya, nak kejar masa. Harap sangat spider sempat swept kad sebelum 8.30pagi. Sampai sahaja dekat kereta, terus buka penutup tangki, dan terus mengisi petrol. Selesai mengisi, start balik enjin, dan terus memulakan kembali perjalanan. Tapi spider sempat lah juga singgah semula kat BHP tu, isi lagi RM10, nak isi banyak lagi takut dah tak sempat. Time ni dah pukul 8.15. Lagi 15minit je lagi sebelum terlambat swept kad.

Akhirnya sampai juga kat ofis, dan swept kad tepat pukul 8.25pagi. Rasanya jam kad mesin swept ni lewat 5minit dari jam spider, takpelah, bagus juga. Alhamdulillah.

Moral of the story: Kalau minyak dah berkelip-kelip tu tolonglah pergi isi minyak.

Pesanan penaja dari Farah : Silalah kayakan petrol pam orang Banting, kenapa perlu nak kayakan tauke petrol pam Shah Alam?
spider : Ntahlah Farah, suka pula rasanya nak isi kat Shell Shah Alam ni.Lepas ni spider akan pastikan spider tolong kaya kan tauke petrol pam kat area Banting dulu. TQ!

Pesanan penaja dari Kak Siti : Malas nak pesan apa-apa dah, rasanya dah banyak kali pesan.
spider : OK kak, lain kali spider dengar pesan akak tu.TQ!

Pesanan penaja dari orang yang penuh kasih sayang : Padan muka, Tak nak dengar orang cakap, kan dah kena.
spider : huuuuaaarggghhh...kejam sungguh!tq...

Isnin, 23 Mac 2009

Memang Dah Geram.

Sedang spider berjalan kat tempat letak kereta kawasan sekolah Nazri (adik yang bongsu), nak ambil dia dari sekolah, ada satu kereta satria ni, spider pergi jalan belakang kereta tu, nampak dah pemandunya perempuan, dan ada penumpang lelaki 2,3 orang dalam tu.

Perempuan ni dengan selamba me'reverse' kereta satria hitam dia tanpa tengok belakang. Memang dah kena spider dan sampai spider nak start panik, sebab takut die tekan minyak lagi.
Mahunya terjatuh dan terlenyek dengan roda belakang kereta dia tu.. Ntah macamana, dapat juga ketuk-ketuk body kereta tu, suruh dia berhenti.

Nasib kau tak pekak perempuan. penumpang sebelah dia pun menjengahkan kepala juga. Perempuan ni keluar dari kereta, dengan muka selamba dan bodoh-bodoh, dia boleh tanya, "kena ke?". Spider dah bengang gila, dah lah kau tak say sorry, kau boleh tanya dengan muka selamba kan.

Spider pun tanya dia balik, "kau reverse kereta tak tengok belakang ke?" Tau perempuan tu jawab apa, "alah, bukan kena pun!". Time ni memang hati dah mendidih gila, dah bapak segala geram.. Spider jawab kat dia "kepala otak kau tak kena. Kau buta ke pekak?bodoh!" E..Tak boleh sabar time ni..Perempuan tu pula boleh wat selamba je masuk kereta balik. Betul-betul lah kurang ajarkan.

Malas nak panjang-panjang bertekak dengan orang yang biadap tu, spider terus je cari Nazri untuk balik. Tak semena-mena, penumpang lelaki dalam satria tu turun, datang dekat spider, cakap, "tak baik cakap bodoh bodoh tau," wah, ini telah mendatangkan sekali lagi kegeraman dalam diri. Spider pun balas balik, "dah memang adik kau bodoh (tak taulah macamana boleh tau perempuan biadap tu adik dia) dan kurang ajar, tau tak!"

EEE...betul-betul angin. Lelaki ni pun naik balik kereta satria tu, lalu kat belakang spider yang masih belum masuk kereta dan jerit "kurang ajar!" kat spider. Spider jerit gak balik, "kau bodoh!" hehe..puas hati..lantaklah orang kat situ nak cakap apa pun. Memang ada orang pandang-pandang pun, peduli ape, janji puas hati.

Tiba-tiba spider rasa cam mata bergerak-gerak dan terbuka, ooo...rupanya mimpi..mimpi jelah.. La..kenapa rasa macam betul-betul tadi? Musykil ni..hihi.. Betullah, ni cuma mimpi malam tadi je. Lepas tersedar dari mimpi tu, susah pula nak tido balik sebab terasa macam jadi betul-betul. huhu.. Tengok jam dalam pukul 2pagi. Terkebil-kebil mata pandang jam dinding tu, sambil fikir lagi, kenapa mimpi ni macam real je tadi? So, secara tak sengaja, dapat idea untuk buat entri hari ni..

Jangan marah tau. Sebab time kat sekolah rendah dulu, ingat lagi, kalau buat karangan cerita seram/horror, kan suka buat kat last perenggan tu cuma mimpi kan, akhirnya, cikgu bagi markah rendah gila. Pernah spider kena sekali, lepas tu spider tanya cikgu BM tu, "cikgu, kenapa saya dapat banyak ni je?" (sebab time ni macam confident karangan tu dah best..hehe..). Cikgu Mohd Noh (ingat lagi nama dia tau) pun jawab, "sebab awak buat cerita ni, cerita mimpi. Kalau mimpi je, saya anggap terpesong, faham?" Spider tak puas hati, tanya lagi, "mimpi pun jadi gak cerita cikgu, karangan juga." Tapi cikgu kata, "jangan buat mimpi-mimpi, saya tak nak. Saya nak buat karangan yang bukan cerita dalam mimpi." Itulah katanya. Dah nama pun cikgu, kenalah dengar cakap dia kan.

Tapi entri kali ni walaupun macam terpesong, tapi yang cerita dalam mimpi tu memang betul tau, bukan rekaan. Hehehe... Janganlah geram.

Ahad, 22 Mac 2009

Tak Payah Pening.

Thank you to Dhila yang umbrella spider kat KFC. Nyam nyam yummy. Lama tak hanging out sama-sama, bila dapat lepak, macam-macam ceritalah keluar.

Sebelum pergi KFC, temankan Dhila pergi jumpa katerer dia kat Taman Brookland. Berborak dengan akak katerer ni memang syok. Punyalah peramah. Tapi yang spider akan ingat, pesanan dia yang macam dekat bawah ini:-

"korang kalau nak buat kenduri kawin, janganlah duk ikut-ikut orang sangat. Ikut kemampuan sendiri. Buat setakat yang termampu. Kalau nak ikut-ikut orang memanglah ada je yang nak dibuat. Nanti dah habis kendiri, korang gak yang pening kepala. Baik kita buat apa yang dalam kemampuan sahaja. Yang penting yang wajib-wajib."

Pesanan yang satu ni memang akan diingat selalu, malah sekarang pun dah belajar untuk bina kubu dalam diri supaya kebal dengan kata-kata orang lain yang bakal menyibuk untuk tunjuk bagus dalam persiapan majlis kawin nanti (cakap je ni, kawin nya memang tak tau bila lagi). Tapi baiklah buat persiapan mental dari sekarang kan. Lagipun, kalau orang nak kata-kata ke apa, lantak kau orang lah. Yang penting lepas kenduri, kepala otak pengantin tak serabut dan pening-pening nak fikir hutang piutang. Memang sokong sangat kata-kata akak katerer ni, walaupun akak ni buat bisnes katering, tapi dia pun pandai nasihat untuk berjimat. Tak ada pun lingkup bisnes akak kan. Lagi orang nak buat tempahan ada. Murah rezeki.

Pada Dhila (rasahatidihila) yang disayangi, banyak-banyakkan bersabar dalam menempuh proses persiapan ur wedding nanti. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dirimu.

Pakcik yang Sengal.

Waktu spider on the way ke kenduri Bukhori yang spider cerita sebelum ni, dengan menggayakan kebaya dan pario tu, singgah lah sekejab di Shell, nak isi minyak. Time ni spider sorang-sorang je.

Keluar dari kereta dan terus melangkah ke kaunter bayaran. Dengan tak semena-mena, dengan tak disangka-sangka angin bertiup sepoi-sepoi bahasa (teringat time buat karangan sekolah dulu). Kalau angin dah bertiup, faham-faham jelah apa jadi kat kain pario yang dipakai ni. Lalu tangan pun cepat-cepat membetulkan semula pario tu.

Geram sungguh kat sorang pakcik ni duk tersengih-sengih cam kerang busuk, bila tengok spider cover-cover pario tu. E... rasa nak hempuk je kat situ. Bini kau ada kat sebelah pun (bini dia rasanya) sibuk nak tengok-tengok orang apahal. Siap nak sengih-sengihkan lagi, kau kenapa? Sukalah tengok spider jalan sambil cover-cover kain pario tu? Sengal ubi betul.E...geram tengok muka pakcik tu, nasib baik time tu kau dah gerak dengan kereta kau, kalau tak...spider buat je sarang banyak-banyak dalam kereta dia, padan muka.

Time lalu depan kereta spider pun dia boleh duk menyengih lagi. Dalam hati (aik orang tua ni, tak puas lagi nak menyengihkan spider?) Betullah orang tua ni.. Kau betul-betul buat spider rasa nak cucuk-cucuk biji mata kau sampai jadi Kasim Selamat. Hampeh betul. Nama je dah tua, tapi perangai macam budak baru baligh. Sukati lah spider nak cakap apa ye pakcik (kau bukan baca pun blog ni, tapi kalau ada keajaiban terbaca lagi spider suka). Dah engkau pun sesukati je menyengih-nyengihkan spider, siapa suruh.

Kebaya dan Pario Baru.

Hari tu kan ada cerita pasal baju kebaya dengan kain pario yang spider berhajat nak beli tu. Jumaat lepas dengan bantuan Haida, akhirnya dapat gak sepasang baju and pario RM150. Punyalah suka sangat sampai tak sabar-sabar nak try kat rumah nanti. Kenapa spider beriya sangat nak beli baju tu cepat-cepatkan? Sebenarnya niat hati nak pakai untuk pergi kenduri kawin kawan sekolah dulu, Bukhori namanya. Tu yang tak sabar-sabar tu.

Petang tu, selepas balik dari kerja, terus mencuba-cuba menggayakan kain pario and kebaya tu. Setelah dicuba-cuba, nampaklah kebaya tu agak besar (biasalah kalau beli ready made). Tapi rasanya boleh adjust sikit bagi kecil. Mulanya macam dah malas nak pakai esok untuk pergi kenduri kawin tu. Tapi orang yang penuh kasih sayang kata pakai dulu baju yang dah beli tu. Beli mahal-mahal(agak mahal lah tukan bagi kami) tak nak pakai buat apa, membazir je. So, decided untuk pakai jelah esok.

Esok pagi (21/3/2009 - Sabtu) pakailah baju dan pario tu. Tapi spider bawa sepasang lagi baju spare dalam kereta yang dah siap digosok. Manalah tau kalau rasa tak selesa nanti, bolehlah tukar kan baju tu. Sampai kat tengah jalan, spider tanya kat orang yang penuh kasih sayang, "baju ni nak tukar ke nak pakai je?" Dia jawab "Pakai jelah, macam ok je. Cuba je pakai dulu sampai kenduri tu." So pakai lah juga sampai kenduri Bukhori.

Balik dari kenduri tu, kat tengah jalan orang yang penuh kasih sayang tanya, "selesa tak pakai baju tu? Kalau tak selesa tukar." Spider rasa time ni mesti dia tengok spider tak berapa kena pakai kebaya yang agak besar (tak besar sangat sebenarnya, cuma jatuh-jatuh sikit je). Spider pun tukar baju dan sekarang barulah rasa kemas sikit. Tukar baju ni sebab spider tak rasa nak balik sarang lagi, nak jalan-jalan dulu, hehe.

So, nanti nak hantar kebaya tu ke tailor untuk adjust sikit. Pario tu lak macam ok, tapi macam nak pendekkan sikit lagi, so tak delah nanti ada lipatan banyak kat pinggang. Dah beli kenalah adjust sampai selesa pakai, kalau tak nanti rugi je terbiar kan.. Jangan membazir.

Anyway, thank you Haida sebab tolong bargain harga sampai dapat RM150.

Rabu, 18 Mac 2009

Personaliti Diri.

Jenguk-jenguk kat blog makcikbercerita pagi ni, interested lak dengan entry yang dia ambil dari Ummi Aiman punya blog ni. So, spider pun mengambil info kat bawah ni. Info ni tentang personaliti kita dengan ejaan nama kita. So, kat bawah ni personaliti spider sendiri, dan yang panjang sikit tu personaliti orang yang penuh kasih sayang. Apapun, semuanya kebetulan jangan terlalu taksub dengan info ini.. Yang mana best tu as a motivation lahkan. Yang tak best tu jadikan sempadan. Bacalah kalau nak tau :)

* - anda selalu penyebab pada banyak masalah. IYE KE NI?

* - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda. SANGAT TEPAT

* - anda ada sikap canggih, amat canggih. KADANGKALA

* - anda sangat broad-minded (fikiran terbuka). BETUL

* - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan. ADA MASANYA



Ini pula untuk orang yang penuh kasih sayang, dan komen ditepi tu dalam penilaian mata spider.

* - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum. BETUL

* - anda selalu bergaduh dengan seseorang. KADANGKALA

* - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan. TAK PASTI LAGI

* - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda. SANGAT TEPAT

* - kejayaan mudah datang kepada anda. ADA MASANYA

* - anda sentiasa seorang yang exited (ghairah). SANGAT TEPAT

* - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain. SANGAT TEPAT

* - anda seorang yang gemar sosial. KADANGKALA



Personality mengikut kiraan tarikh lahir ini pula spider dapat dari ofismate dalam email. Caranya, campurkan sahaja nombor-nombor tarikh lahir anda sehingga menjadi satu nombor tunggal. Spider punya sendiri ialah 3, orang yang penuh kasih sayang pula bernombor 2. So, sesiapa yang mempunyai nombor tunggal 2 atau 3, kat bawah nilah penjelasannya.


Petunjuk: Hijau (sangat tepat), Putih (betul), Biru (kadangkala), Kuning (tak tepat)

2 : PENDAMAI : Dilahirkan sebagai diplomat. Seseorang yang selalu memikirkan dan peka terhadap perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sanagt analitikal dan suka mengikut gerak hati sendiri. Tidak suka bersendirian. Persahabatan bagi anda adalah sangat penting dan berupaya mendorong anda untuk berjaya dalam hidup. Sanggup bersendirian sekiranya hubungan yang dijalin tidak serasi. Secara semulajadinya, sangat pemalu dan anda patut belajar untuk tingkatkan 'self-esteem' serta belajar meluahkan perasaan secara terbuka.



3 : CERIA : Merupakan golongan yang idealistik, kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Anda suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Anda suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Sangat popular dan idealistik. Tetapi anda perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.


Sekian dulu perkongsian info kali ini. Moga semuanya diberkati. terima kasih lagi sekali pada makcikbercerita dan Ummi Aiman, serta my ofismate kak Siti. Dia yang bagi calculor pengiraan nombor harijadi dengan keperibadiaan.. Diingatkan lagi sekali, semua hanya bertujuan untuk memotivasikan diri sendiri. Tidaklah disuruh untuk terlalu percaya dan obses pada hal-hal pengiraan ni. Ada yang kebetulan sama, dan ada yang memang lagsung tak kena kan.

Ok, daa dulu.

Budget dan Keinginan.

Semalam, lepas balik kerja, pergi PKNS dengan kak Siti and Haida. Nampak satu baju kebaya ni cantik. Warna hitam, sulam bunga meron2 pink camtulah. So, yang girl jaga gerai baju tu cakap harga kebaya tu RM95, tapi kalau betul-betul nak, boleh bagi RM85.

"Mahal lah" dalam hati ni cakap.

Tapi cam nak juga. Tengah-tengah fikir tu, mata ni nampak pula kain pario yang tergantung kat kat dalam gerai tu. Dalam otak ni di padan-padankan kalau kebaya tu pakai dengan pario ni, cantik gak lagaknya. Tanya harga pario tu, RM75.

"Mahal juga" dalam hati lagi.

Dahnya, cakap dengan girl tu, tak apalah, nanti kalau jadi beli datang balik bila-bila.

Keluar je dari PKNS, hati masih terlekat-lekat kat kebaya and pario tu. Lagipun bukan apa, orang yang penuh kasih sayang memang suka tengok spider pakai pario atau skirt. So, tu yang buat lagi hati ni semangat nak beli.

Setelah dicongak-congak, difikir-fikir, darab tambah bahagi semua, yakin dan pasti, nak beli juga kebaya and pario tu. Tapi nak try bargain sampai boleh dapat paling mahal pun RM150 untuk kedua-dua kebaya and pario tu. Untuk memudahkan kerja membargain nanti, nak ajak Haida minta tolong bargain skali. Bargain ni pun nak ada skill juga kan. Kalau tak kita pula balik yang kesian kat penjual.

Ingat nak pergi tengok balik petang ni kat PKNS kebaya and pario tu, takut nanti dikebas orang. Semalam memang saiz tu kena dan baju tu pula berkenan, tapi ada satu je. Sebab tu nak pergi tengok hari ni cadangnya. Tapi orang yang penuh kasih sayang macam tak bagi je..Tak jadilah pergi. Pergi tengok hari Jumaat time lunch hour je. Senang. Tapi kalau baju tu dah dibeli oleh orang lain, nasiblah.. Tak ada rezekilah nampaknya.

Walaupun fesyen kebaya and pario ni dah agak lama, tapi masih lagi intrend sampai sekarang. Lambat lagi kot dah jadi old trend. So, tak apalah rasanya spend lebih sikit tuk sepasang baju tu. Bab duit ni memang spider budget betul-betul. Kalau tak susah sendiri balik kan. Sesiapa yang bergaji besar tu oklah. Tapi spider kena ukur baju di badan sendiri juga. Apa yang pasti dan yang penting, ada orang yang happy nanti.

Selasa, 17 Mac 2009

Cholestrol Control.

This info is taken from The Star, on how you can control cholestrol level and at the same time can prevent heart disease.

Dietary recommendations for cholesterol control from alternative medicine practitioner G.C. Ong:

-Take plenty of fruits and vegetables, soluble grains and seafood, especially fatty fish.
-Reduce intake of saturated animal fats.

-Limit intake of transfatty acids in margarine and shortening.
-Do not go on extremely low-fat diet – it may be counterproductive.
-Take lots of antioxidants found in fruits, vegetables, nuts and olive oil.
-Consume vitamins C, E and beta carotene.
-Get enough calcium-rich foods, which helps reduce absorption of saturated fats.
-Drink green and black tea.
-A daily glass of wine may benefit HDL cholesterol.
-Eat more shitake mushroom, barley and kelp (seaweed).
Good info for everybody.

Isnin, 16 Mac 2009

Rakan Pos.

Cuma nak bagi tengok gambar-gambar kawan-kawan semasa kerja di POS dulu. Memang rindu gila suasana kat sana, tapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.





Gambar yang kat atas diambil semasa dalam bulan puasa dan hendak menjelang raya. Tu yang nampak meriah je background nya kan. Gambar kedua pula sewaktu meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri di PPN. Selangor. POS lah juga tu. Sekadar untuk kenangan.

Pandainya Madihah.

Apa yang tak kena memang tak dapat dikenalpasti. Yang pastinya, semua yang dibuat, yang dilakukan betul-betul slow and lambat je (taulah spider, tapi biasa nya tak selambat hari ini). Kenapa lah agaknya. Pendek kata, semangat macam tak ada. Tapi kerja yang dah tunggu dalam inbox email, semua dapat dibereskan dengan sempurna, walaupun spider laksanakan dengan keadaan yang lambat and perlahan (betul-betul macam spider merayap-merayap dalam keadaan yang tak makan seminggu). Apapun, yang penting kerja semua siap kan.

Tidak ada apa yang hendak cerita sangat hari ini, cuma nak kongsi rasa 'happy' pada adik Nik Nur Madihah dari Kelantan. 'Terror' betul adik ni, 20A dia dapat dalam SPM. Memang tabik sangat pada Madihah sebab dalam keadaan hidup yang serba sederhana, kejayaan tetap dalam genggaman, tetap dicapai. Tahniah ye Madihah. Rezeki pun bertambah murah kan. Family bakal dapat rumah baru semua. Paklang Spider ada cakap yang orang Kelantan ni pandai-pandai sebab makan budu. Betulke ye? Proten tinggi dalam budu. Tapi orang Selangor pun makan tempe gak. Proten tinggi gak.. Memanglah ada yang pandai-pandai, tapi tiap-tiap tahun berita kecemerlangan pelajar mesti dari arah psntsi timur ni. Sebenarnya, apa yang penting adalah hati. Usaha, doa dan tawakal pasti sahaja petua Madihah kan. Pelbagai tawaran belajar dan biasiswa yang Madihah dapatkan. Inilah hasil titik peluh Madihah selama ni. Walaupun tau yang Madihah mungkin tak baca blog ni, tapi spider memang excited sangat nak syer rasa happy pada apa yang Madihah dapat. Lepas ni, kalau Madihah di perantauan, beringat-ingatlah selalu. Moga apa yang dihajatkan akan terlaksana. Tahniah again dik.

Oklah, nak balik dah. Have a nice day.

Jumaat, 13 Mac 2009

Ada Kerja.

Hari yang sangat sibuk (13/3/2009-Jumaat).
Tak sempat nak tulis apa dah. Ni je lah yang sempat pun.
Take care everyone...

Rabu, 11 Mac 2009

Kena Ceramah.

Malam tadi dapat ceramah free-free selama hampir sejam (yeke..rasa cam lebih je). Adalah pesanan-pesanan berguna yang rasanya boleh juga syer dengan yang lain. Selebihnya yang tak sesuai, spider simpan sendiri. Bacalah pesanan kat bawah ni untuk renungan bersama. Memandangkan penceramah ni selalu cakap ingat, ingat, ingat, so nak bagi tajuk 'Ingat' pada pesanan kat bawah ni.

"Ingat,
Kita dah besar, bukan budak-budak lagi,
Fikir dalam-dalam, elok-elok, jangan asyik nak main-main,
Tak akan ke mana nanti, tak akan pergi jauh,
Di sini dan macam inilah sahaja keadaannya.

Ingat,
Jangan tinggal solat, jangan lupa solat,
Kita minta apa-apa pun dengan DIA,
Sebelum nak tidur pergi ambil wudhu', pergi solat dulu,
Kalau kita lupa DIA, macamana hendak minta apa-apa.

Ingat,
Jangan buat bukan-bukan, benda-benda yang tidak patut,
Jangan sampai ibu bapa kita susah hati pasal kita,
Bina semangat dalam diri untuk perjalanan masa depan,
Insyaallah semua yang dirancang berjalan lancar.

Ingat,
Jangan main-mainkan perasaan orang,
Sekali orang terluka, akan ingat sampai bila-bila,
Jangan jadi macam kacang lupakan kulit, tak kenang budi,
Sudah dibantu, ditolong, tapi akhirnya tak pernah bersyukur.

Ingat,
Dalam hidup ni kebahagiaan lagi penting dari wang ringgit,
Biar hidup sederhana, tidak terlalu kaya, tapi tidak juga meminta-minta,
Yang penting dalam diri ada kebahagian, keihklasan dan kejujuran,
Kasih sayang yang telus dan tepat dapat menentukan segalanya.

Dengan kebahagiaan yang ada, perjalanan hidup lebih bermakna,
Hari-hari berlalu seperti tidak terasa,
Begitulah indahnya di jiwa jika kita sentiasa tidak lupa,
Pada MAHA KAYA, sesama manusia dan makhluk semesta.

Orang yang bagi ceramah ni taklah bagi ceramah dalam bentuk seperti yang ditulis di atas. Penceramah tu cakap biasa je. Spider touchup sikit-sikit isi-isi ceramah yang dibaginya, so jadilah macam kat atas ni. Bukan apa, untuk renungan bersama. Mengingati sesama manusia tukan tanggungjawab.

Thank you pada penceramah yang penuh dengan kasih sayang ni atas kesudian memberi peringatan-peringatan di atas. Memang semua nampak biasa, tapi kadang-kadang manusia lupa. Dah memang itu sifat azalinya. Ingat ingat dan beringatlah.

Selasa, 10 Mac 2009

Hal Wira Lagi.

Hari ini sejarah tercipta apabila mengalami sendiri kereta mati tengah jalan. Dari rumah dah elok gerak pergi kerja tepat jam 6.30pagi, dengan harapan dapat mengelakkan kesesakan yang teramat sangat di Federal Highway tu. Lalu kereta Wira putih kepunyaan Angah pun dipecut secara sederhana dan penuh berhati-hati. Oh, kereta ni bukan sahaja kepunyaan dia, malah juga menjadi kesayangan dia. Maklumlah, penat bayar bulan-bulankan. Spider tukang lanyak je..Sori ye Angah, pinjam dulu buat masa ni.

So, lebih kurang pukul 7.05pagi, sampai lah dekat Telok Panglima Garang. Bila dah semakin nak dekat dengan traffic light depan NEC tu, kereta tiba-tiba meragam, breakdown. Mujurlah time tu memandu kat kiri jalan. Kebetulan ada pula tanah lebih sikit kat bahu jalan, jadi sempatlah parking kereta tu elok-elok, ngam-ngam kat tanah tepi tu. Tidaklah mengganggu laluan kereta lain.

Terus je call si Angah, "Angah, kereta kau ni mati. Sekarang kat depan NEC..macamaneni? Nak pergi kerja camne? Nape kereta kau ni mati lak? Apa lagi yang tak betulnya? Hari tu baru je betulkan..adui.." Em, camtulah bila dah rasa diri bakal kelam kabut untuk pergi ke tempat kerja hari ni. Angah pun menjawab, "nak buat camne, dah nak rosak. Naik bas lah dulu pergi tempat kerja." Sebenarnya jawapan ni dah memang sedia maklum, cuma saja je tanya dia lagi, yelah, manalah tau kot-kot dia baik hati nak hantarkan guna kereta sesapa lak..huhu.. Sudahnya jawab balik kat dia, "oklah, kunci tak tinggal tau. Nak amik nanti datang Shah Alam." So, bila dah kunci kereta tu elok-elok, menapak lah sikit ke depan lagi untuk pergi bus stop.

Tunggu punya tunggu, pukul 7.20pagi baru bas ke Klang sampai. Faham-faham jelah kalau dah namanya bas, confirm berhenti-berhenti. Mula memikirkan untuk sms kat bos (kredit tinggal sikit nak call), bagitahu yang harini lambat, kereta buat hal. Akhirnya sampai kat pekan Klang pukul 7.55pagi. Terus je merayap laju-laju menuju ke tempat bas Seranas iaitu bas yang akan membawa spider ke Shah Alam. Tapi pelik, kenapa kat tempat biasa bas Seranas ni, satu bas Seranas pun tak ada. Dahnya, macam mana nak pergi Shah Alam? Terpaksalah berpatah balik pergi tanya dekat pakcik yang jaga bas Wawasan Sutera untuk tanyakan mamakah bas-bas Seranas ini pergi. pak cik tu pun menjawab "Oh, Seranas dah pindah kat belakang sana." Huh, terpaksalah merayap lagi laju-laju untuk kejar masa. Kalau boleh tak naklah lewat sangat sampai ofis nanti.

Sekarang dah dapat naik bas Seranas. Tiket dah naik 0.30sen. Dulu 0.50sen je, sekarang dah 0.80sen. Bayar jelah kat konduktor tu sambil berdoa "cepatlah kau gerak bas". Akhirnya bas pun gerak gak dalam pukul 8.10pagi. Dah dalam bas tu, mula fikir macam mana nak pergi ke ofis bila dah sampai PKNS nanti ye? Bukan ada bas masuk kawasan tu. Camne yer..fikir punya fikir, tiba-tiba kak Siti sms, tanya 'cuti lagi ke?'. Terus je reply 'tak kak. Kereta rosak. Nak minta jasa baik akak amik kat PKNS.' Elok je sms tu dihantar, Farah lak call, "Cuti ke?" jawab balik, "taklah, kereta rosak kat jalan. Dalam bas ni. Lambat sikit. Sori, bukan tak nak inform, cuma memang agak kelam kabut sikit pagi tadi." Selesai je bercakap dengan Farah, kak Siti call balik, tanya dah sampai mana. Time tu kat depan UNISEL. Sampai je kt PKNS, kak Siti pun ngam-ngam sampai. Naik je kereta, terus dia memecut ke ofis. Swept kad tepat jam 9.02pagi. Lewat 32minit..huhu..

Sabar jelah pengalaman kereta rosak macam ni. Apepun, nak say THANK YOU kat akak Siti yang sudi nak ambil kt PKNS, and THANK YOU tu Farah yang sentiasa ambil berat..kak Siti pun caring jugak...time kasih..cayang u all...

Esok belum sedia lagi nak naik wira. Biarlah pinjam Myvi Ija dulu. Tak nak dah rasanya pengalaman macam pagi ni. So, moral of the story, cepat-cepatlah beli kereta sendiri ye spider...jangan pandai buat sarang je. Sekian dulu untuk hari ini.

Isnin, 9 Mac 2009

Tengok Izz.

Pagi-pagi lagi Ija(adik) dah gerak suruh bangun, siapkan semua kerja-kerja rumah sebab dia dah plan nak pergi Bandar Sri Permaisuri, Cheras nak tengok Muhamad Izz Rayyan..Post yang sebelum salah lak eja nama Izz ye..Sori Izz..tak tahulah pula Atan and Amlah ni wat spelling cam gitu. Tak kisahlahkan, janji ada bunyi Izz tu kan.

Haruslah kena bangun pagi-pagi dan 'menyetelkan' semua kerja-kerja di rumah, kalau tak...free free lah dapat dengar siaran radio Bantingfm. Tak sanggup.. So, bila dah siap semua urusan kat rumah, pukul11pagi lebih kurang, bertolak terus ke Cheras.

Sampai sana, punyalah 'epi' sebab dapat juga tengok Izz kan. Izz pun nampak sihat je.. Alhamdulillah. Ija and spider pun belek-belek lah muka Izz ni sebab nak tengok banyak duplicate muka siapa..maknya ke, ayahnya ke, atau auntie2nya ke, atau uncle2nya ke? Tapi tak tahulah nak kata muka siapa yang iras, semua part macam ada yang iras-iras dengan orang tu, orang ni. Senang cerita, Izz ni muka Izz lah ye.

p/s: Next time upload gambar Izz.

Rabu, 4 Mac 2009

Rakan Kerja.

Tak ada cerita, cuma nak showing gambar bersama officemate, yang mempunyai pelbagai ragam dan gelagat.

Kawan-kawan ofis bersama bos besar SPVEA dari Sweden, Martin.


In meeting room, tapi action je lebih ni, meeting belum start pun.


Kawan-kawan ofis juga, dengan off shoring trainer Adisa, dari Sweden juga.


Nak juga masukkan foto-foto dengan kawan-kawan lama kat POS dulu, tapi at the moment, belum ada sources yang membolehkan foto-foto tersebut diupload terus ke blog ni. So tak apalah, next time sure gambar kawan-kawan POS pun ada kat blog ni.


Have a nice day!


Selasa, 3 Mac 2009

New Nephew.

Tak sempat nak update blog 2,3 ni. Kerja dah mula Q-up. Tunggu turn je nak dibereskan. Kali ini cuma nak cerita yang spider dah dapat nephew pertama dari cousin from my abah side. Tahniah buat Atan and Amlah yang baru dapat baby boy, your 1st baby.

So, Ahad lepas pergi HUKM bersama dengan orang yang penuh kasih sayang melawat Amlah and her baby. Namanya Mohd Izryan bin Umar Razak.. Selamat dilahirkan di HUKM dan seberat 3.1kg sewaktu dilahirkan ke muka bumi ini. 1 thing yang bestnya tentang kelahiran Mohd Izryan ni (panggil Iz bolehlah ye Atan..), tarikh lahirnya boleh lak sama dengan tarikh lahir grandma nya (mak Atan a.k.a maklang) iaitu pada 28.2.2009 bersamaan hari Sabtu yang lepas, tepat jam 0740pagi. Memang sengaja je Iz nak sama dengan nenek Iz ye.. Sebab mama Iz (Amlah) dah sakit selama 16jam dalam operation theater tukan. Dari hari Sabtu mama Iz dah sakit. Iz je taknak keluar lagi. rupanya nak sama birthday dengan nenek dia.

Tak kisahlah kan Iz, asalkan Iz and mama selamat menempuh cabaran-cabaran getir selama beberapa jam di bilik pembedahan tu. Oh ye, lupa nak bagitahu, Amlah kena operated because Iz tak nak keluar secara normal :), Iz ni taklah besar sangat, tapi mama dia kecik agaknya, so tak cukup ruang tuk Iz keluar secara normal. Apepun Alhamdulillah, everything OK kan Amlah and Atan. You all dah jadi papa and mama. Walaupun Iz terpaksa dimasukkan ke ICU kerana mengalami sedikit bengkak di kulit kepala, tapi the latest news from Atan, Iz akan keluar dari hospital within this week. Alhamdulillah lagi sekali.

Sebenarnya spider pun belum tengok lagi Mohd Izryan ni macamana rupanya secara live. Time melawat tu Iz kat dalam ICU lagi, so jumpa mama dia jelah and papa dia. Tapi dah tengok gambar Iz dalam handphone papa Iz tau..comel semestinya. Tapi tak pasti banyak duplicate muka siapa. Amlah ke Atan ke. Nanti ada kelapangan nak pergi tengok Iz kat rumah ok. So, boleh tau Iz banyak ikut muka siapa ye.. Allright, Itu sahaja nak cerita kali ni. For Amlah, wish you getting well soon and for Iz, don't be notty ya..

Ahad, 1 Mac 2009

Sedih dan Gembira

Sesuatu yang indah pasti tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Begitu juga jika melalui saat-saat duka dan pilu, perasaan yang terpendam di dalam hati pasti juga, tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Namun sebagai manusia dan fitrahnya alam, apa jua yang terjadi dan berlaku pasti ada hikmah dan sebab-musabab yang hanya diketahui oleh yang MAHA ESA. Jika hari ini engkau gembira, kecapilah kegembiraan itu dengan penuh rasa syukur. Namun perlu diingat, tidak semestinya kegembiraan itu akan berpanjangan. Jika hari ini engkau derita merintih kesedihan dan kepiluan, terimalah semua itu dengan penuh kesabaran, sesungguhnya di sebalik kepayahan yang diturunkan, memberi seribu ruang pada kita untuk membaiki diri. Percayalah bahawa DIA MAHA ADIL. Tiada satu kepayahan pun yang akan diturunkan pada kita melainkan kepayahan itu dapat ditempuhi dengan penuh sabar.

Ketika matahari tidak lagi panas seperti yang diharapkan, lalu hujan mencurah diri di bumi, hati dan jiwa pasti merintih. Segala rasa hanya di sudut kepiluan, di sudut kehampaan, di sudut kehancuran dan kesedihan. Hanya air mata dan memori semalam yang menjadi peneman. Jika kesorangan, satu persatu akan terungkai dalam kotak lipatan, lalu menjadi penghiris luka yang telah ada. Ya, penaman dan penghiris luka. Sememangnya sangat sukar digambarkan. Hanya yang pernah melalui dapat merasakan perit dan jerihnya. Mungkin...(sendiri dah pernah alami ke?)

Tapi percayalah, DIA pasti akan membayar segala kesabaran dan keperitan yang dialami. Asal sahaja kita sabar dan tidak lupa untuk meminta pertolongannya. Kini, jika diturunkan kegembiraan yang kita tidak pernah impikan. Kegembiraan yang cukup membuat hati dan perasaan berbunga ceria. Sesekali jangan pula dialpa untuk memanjat kesyukuran pada yang mengizinkannya terjadi. Inilah mungkin hadiah dari berkat kesabaran dan kepayahan yang dilalui pada hari semalam. Harga air mata yang tumpah di waktu keseorangan. Bayaran bagi setiap tusukan yang terasa di dalam hati suatu ketika dulu. Juga hadiah yang tidak ternilai bagi setiap kemenangan sewaktu berperang dengan perasaan. Maka bersyukurlah dengan setiap apa yang terjadi, kerana sesungguhnya ada kurniaan yang lebih baik dariNYA menanti buat kita, yang dapat menempuhi kesukaran dan kesedihan hidup ini dengan sabar dan tabah. Ya, kurniaan yang lebih baik dan terbaik buat kita.

Ini untuk renungan spider sendiri dan juga kawan-kawan. Tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang mati melainkan yang pernah mengalami ujian kesedihan seperti yang digambarkan ini. ;)
Blog Widget by LinkWithin