Khamis, 23 Julai 2009

Kuih Kapit Bakar.

OK, straight forward je kat entri kali ni. Spider nak promote sikit bisnes mak spider bersempena dengan kedatangan Syawal tak lama lagi...Apalagi kan kalau bukan bisnes kuih raya. Tapi tak mau cerita pasal cookies, ni nak promote tentang kuih kapit yang mak spider dan bisnes partner dia telah usahakan sejak 3 tahun yang lepas, dan ini masuk tahun keempat.

Apa istimewanya kuih kapit diaorang ini ialah, kuih ini dibuat secara dibakar dan bukan digoreng seperti kebanyakan kuih kapit yang berada di pasaran. Lagi satu keistimewaanya ialah kuih kapit ni memang di'produced'kan oleh mak spider dan lagi sorang bisnes partner nye sahaja. Tiada orang lain yang diambil sebagai pekerja sambilan atau pekerja part time. Dari bancuhan hingga ke membakar, melipat (lipat tiga segi) dan akhir sekali menyusun kan kuih kapit tersebut ke dalam tin/bekas, semuanya diuruskan oleh mereka berdua sahaja. Tiada campur tangan orang lain. Cuma bila bab menghantar sahaja mereka menggunakan pekerja part time untuk menghantar kuih kepada pelanggan (sebab 2 2 tak de lesen kelas D OK). Pekerja part time nya pula adalah spider sendiri / abah spider...(kena gak kira upah kan..penat gak puasa2 drive panas2, hehe)

Secara jujurnya, pelanggan yang sebelum-sebelum ini sangat berpuas hati tentang kerangupan dan kesedapan kuih kapit bakar ini(seriously, memang susah nak jumpa yang jenis bakar sekarang, kebanyakkannya goreng). Tambahan pula kuih kapit bakar tidak mudah lemau seperti kapit yang digoreng, dan of course yang dibakar tak berminyak. Jangan tak percaya yang kuih kapit bakar ni telah pun ada pelanggan tetap, yang akan menghubungi mak spider dan membuat tempahan untuk menjadi pengedar. Oh, iye, kepada sesiapa yang ingin menjadi pengedar, harga untuk pengedar adalah lain dan sila hubungi terus ke mak spider (Pn. Samsiah) untuk keterangan lanjut mengenai harga bagi pengedar. Kali ni tak de gambar sebab spider tak de kamera..tapi nanti cuba usahakan letak gambar kuih kapit tu kat blog ni.

Sila juga lihat note kat atas tentang bagaimana untuk membuat tempahan. TQ...


P/S: Dinasihatkan untuk mengambil segala tempahan seminggu sebelum raya. Jangan terlalu awal kerana dikhuatiri akan habis sebelum raya (ini selalu terjadi kepada pelanggan yang lepas-lepas dan akhirnya terpaksa membuat tempahan lagi untuk stok raya. Cuma risau you all lari budget je nanti, dan risau kalau mak spider dah tutup untuk tempahan).

Harap-harap spider telah dapat membantu mak melebarkan lagi pasaran kuih kapitnya dari tahun ke tahun..spider anak solehah :) tak minta upah untuk entri ni tau,huhu

5 ulasan:

DHILABLOG berkata...

amboi3x si anak mak ni. DILA NK ORDER BNYK NI. NK BG MAK MERTUA SIKIT N BG KAT IBU BANYAK.HEHEH. DILA BOOKING DULU K..KUIH RAYA X JUAL KE? WAT LA SAMPEL DILA TLG JUALKAN KAT OPIS NI..

redspider crystal berkata...

hehe, ank mak yang baik...dhila nak jd distributor gak cam thn lpas ke?blh2..tp cookies agak penat dan renyah, tu yg tak promote cookies...hehe...amik order dr yg mana tau jer...blh gak if dhila nk jual, so sha bgtau mak nnt k..TQ TQ laling!Harga distributor gak 2U!

waNiFarees berkata...

wah!! meniaga kueh kapit!! hebat2!!

kueh kapit tuh bentuk cam kipas tu ka??

redspider crystal berkata...

WaniFarees_tiap2 tahun mak spider mmg berniaga Wani.Cuma tahun ni jer dapat promote kat blog..hehe..Nak order silalah...jgn malu2 tau..

wbgstories berkata...

Akak nak order sabun honey tu.. dah habis.. kuikui

Blog Widget by LinkWithin