Isnin, 8 Jun 2009

Hantar Kain Tepi Jalan

Hari Sabtu baru-baru ini dah janji dengan tailor (nama dia Adi) nak jumpa dia, nak bagi kain kat dia untuk raya nanti(excited tak spider nak raya tahun ni?). Tahun ni memang excited OK, yelah, first time nak raya dengan orang yang penuh kasih sayang sebagai sepasang ehem2...haha...ngada2 lak spider kan...ni belum kawin lagi ni, kalau dah kawin tak taulah excited macam manakan..(gatal jab ye). Tahun ni juga saje saja nak tempah awal, sebab tahun lepas, baju raya tempah last minit, sudahnya, raya haji pun tak dapat gak pakai baju tu.

So, sms dengan Adi, bagitahu kat dia petang ni nak hantar kain kat rumah dia. Petang tu pula, pergi hospital dulu tengok Isha (adik sepupu yang sangat anti dengan spider OK). Isha demam, admitted dah 5 hari hari Sabtu tu. Tengah lepak-lepak kat wad melayan Isha, Adi call kata dia nak pergi taman Banting (taman ni depan hospital yang spider pergi ni je... so spider cakap kat Adi, Oh, kalau macam tu jumpa kat taman depan hospital ni jelah, senang. tak yah hantar kat rumah.

Spider pun dengan sepupu lagi sorang (kak Uda) pergi jumpa Adi kat tepi jalan, depan taman, bagi kain yang nak ditempah tu, dan bincang lah segala apa ke fesen yang nak dibuat..lama gak bincang nak buat cam ginilah, cam gitulah. Kak Uda pun nak tempah gak baju kat Adi, first time nak cuba tailor spider ni. Hopefully kak Uda suka ye nanti. Nasiblah Adi ni faham ragam and kerenah customer..macam2 nak request. Tepi jalan pun jadi...bisnes di mana-mana kononnya...(betul lah tu kan). Contohilah Adi yang rela jumpa customernya walau di mana dia berada, walau apapun yang dia nak lakukan. Dia pergi taman tu sebab nak berjoging dengan anak-anak buahnya. Sorilah kacau ye Adi. Lepas ni kat mana-mana pun OK je kan buat nak hantar kain. Peace...

6 ulasan:

bahirah berkata...

wah..bestnye..ok x tailor sha tu?
die still amik tempahan lg?nak buat jgak la..hehehe

redspider crystal berkata...

bg sha ok..tp xtaulah tuk org lain.farah pn baru try...
klau nk try, bg kain yg murah2 dulu, cuba...amik tu amik, tp klau tuk raya bulan ni je kot die amik.

dhila berkata...

amboi awal kebenornye dah wat baju raya...x sabar nk raya umah bakal mak mertua ke?

redspider crystal berkata...

Dhila_hehe...lbh kurg lah..haha..taklah..saje wat awal, sbb thn lepas kempunan nk raya keadaan camni..dhila tau kan..

along berkata...

amboi dah nak wat baju raya. along raya tahun nie along pakai gaun jer raya. perut dah besar time raya nati.

redspider crystal berkata...

along_Comel pe org tgh pregnant...tp serius tau, perut along tak nmpak bsr sgt. yg penting sihat 2 2.

Blog Widget by LinkWithin