Ahad, 28 Jun 2009

Tag Baru.

Ambil tag ni dari Anak Burhan. Suka nak layan.

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Spider / labah-labah / labahlabahmerahkristal

ANDA SEORANG YANG:
Mengikut kata abah: degil (siap cakap depan adik-adik tu. Malu gak, tapi wat dek je lah.)
Mengikut kata emak: nampak lembut, tapi keras kepala (degil sangat ke anak mak sorang ni?)
Mengikut kata adik ke 2: mengada-ngada (eleh, die pun sama, nak cakap orang)
Mengikut kata adik ke 3: gedik (aksi gedik-gedik ni buat depan dia je pun. adik perempuan soranglah katakan.)
Mengikut kata adik ke 4: rajin (dia ni memang suka puji-puji spider. tak taulah kot2 ada sebab tertentu ke kan.)
Mengikut kata adik yang last: suka tidurrrr....(dia ni nampak diam, tapi suka pantau hal spider ok...)
Mengikut kata kawan-kawan: careless, suka-suka hati je, pelupa, peramah, banyak cakap (ni kawan-kawan yang bgtau, tak de kena mengena dgn kes mengomen sendiri.)
Mengikut kata org yg penuh kasih syg: degil, suka tidur, menggelabah, peramah, suka ambil mudah, suka buat takreti dan comel (hihi...betul ni, betul...tak tipu..die yang cakap...orang yang cepat perasan macam spider memang pantang dipuji sikit ok...)

INSAN TERISTIMEWA?DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA ISTIMEWA DI MATA ANDA:
Abah : Dia lah pelindung yang berwibawa.
Emak : Insan yang bersusah payah membawa spider ke bumi.
Adik-adik : walaupun nakal macam ape, tapi telah menjadikan spider bertitle 'kakak'
Kawan-kawan: ada yang sudi bersama di saat suka dan duka.
Orang yg penuh kasih sayang : mendidik diri supaya menjadi yang terbaik pada masa akan datang.

LAGU-LAGU KESUKAAN ANDA:
Banyak gak, boring baca nanti. Apapun, yang penting, Westlife, Spider dan Kristal itu adalah wajib.

MAKANAN KESUKAAN ANDA:
Banyak gak yang suka. Semua boleh kecuali yang tak boleh sahaja.

WARNA KESUKAAN ANDA:
Tak lain tak bukan, MERAH, HITAM, PUTIH, dan lain-lain seperti biasa je.

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Terlalu memberi arahan.
Banyak komplen.
Sombong dan bongkak.

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG:
Handphone, Lipice and Wallet.

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA?
Menangis ni pun banyak kali gak, sampi lupa bila yang last.
Macam-macam hal yang boleh buat spider menangis ok...

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin