Rabu, 10 Jun 2009

Kisah Terjatuh.

Hari tu ada berborak dengan Farah, dia kata dia terjatuh kat KL time shopping kain tuk raya (dia pun excited nak prepare tuk raya kan). Lepas tu teringatlah pengalaman sendiri tentang terjatuh ni. tapi yang paling memalukan, tak boleh lupa punya, nak cerita dengan semua orang, spider terjatuh time pergi sure heboh(time ni sure heboh lagi)kat seksyen13 S.Alam ni. kalau tak silap tahun 2005-2006

Time tu pergi 2 kereta, sepupu-sepupu and adik-adik. Tapi perempuannya spider, ija(adik) and ika(sepupu) je. kitaorang pun jalanler sama-sama pegang tangan lagi tau. Yang adik-adik n sepupu2 lelaki ni jalan kat belakang kitaorang bertiga. Disebabkan firstime nak pergi tengok sure heboh ni, punyalah excited kan berjalan kan, tak tengok orang sangat pun, yang tau nak tengok gerai-gerai kat dalam tu. Orang punyalah ramai, berhimpit-himpit gaklah sebab haritu ada konsert.

So, tengah syok syok berjalan nak masuk ke dalam area gerai-gerai tu, tak semena-mena boleh lak mata ni tak tengok bawah, mata ni terus shoot depan jer(arah gerai-gerai yang dah tak berapa jauh je lagi), tiba-tibakan, rasa kaki kanan ni di awang-awangan jab, and terus landing, lurus je kaki ni landing tau, dengan keadaan kaki kiri yg sebelah lagi macam orang menyangkung tu(dapat imagine tak?). Rupa-rupanya kaki kanan ni dah termasuk kat lubang longkang yang penutupnya dah patah satu besi...adus mak...bila tersedar tukan...malunya kan..tak boleh nak kata...dahlah keliling penuh dengan orang lalu lalang, ada yg jalan sorang2, jalan denagn couple masing2, jalan dengan family, dengan orang2 yang menjual-jual kat gerai2 tu lagi, dengan budak-budak kecik yang memang confirm gelakkan, termasuklah si jantan-jantan keberet yang datang sama-sama 2 kereta tadikan..diaorang buat apa tau...diaorang baik jer..tak gelakkan pun, sengih-sengih jew gitu-gitu, tapi langsung tak tolong, tak kisah pun sangat, yang penting tak gelakkan OK..Terpinga-pinga gaklah jab dalam 3saat tengok reaksi orang keliling, pastu ika terus tarik tangan spider tuk naik ats balik. Adui, time ni rasa nak masukkan kaki kiri tu je lagi sebelah dalam longkang tu, biar cangkung terus dalam longkang tu...malu giler orang tengok muka yang comei ni (comei lah kan..bolehkan..)jatuh longkang. Adui...Nasib gak baik sebab kedalaman longkang tu sama panjang dengan kaki spider OK. Sebab tu kaki yang termasuk dalam longkang ni boleh jatuh lurus dan bontot lak lagi seinci jer rasanya nak terduduk kat jeriji yang tutup longkang tu. eee...memang malu kalau ingat balik. Dahlah pakai seluar putih time tu, adui...nasib jugalah tak kena kotoran ape2 kat jeriji tu..dan lagi bernasib baik sebab longkang tu tak ade air. Nasib kan. Nilah jatuh yang paling malu and ditonton oleh orang ramai secara percuma.

Bila dah naik balik kan, muka ni trylah buat selamba bodoh tau. Tapi boleh lak abang-abang yang jual kat gerai-gerai tu cakap "meh sini minum dulu kak long, sian jatuh longkang.." Dalam hati spider kan '#@$!*!@&#, gelak ye...takpe2, control cun control cun..'buat gak muka selamber tak tau, tak tau. Jalan lah juga wat bodoh...Ika dengan ija ni memang nak tahan gelak je time tu tengok gelagat yang terjatuh ni, huhu.. sabar sabar. Biarlah orang-orang tu gelakkan,biar2, wat tak nampak..tapi memang nampak tau..nampak orang gelakkan kat spider..dah tu nak buat macamana, benda dah nak jadi..terima je lah kan.

6 ulasan:

tentang dhila... berkata...

heheh kelako la bc citer tasya ni..mesti pas jatuh tu wat muke control cun abis kan...moral of the story..berhati2lah di jalan raya.

bahirah berkata...

adoi msti sakit giler kan?malu+bengang toksah ckap la..huuhu.
tp memg pon, kalu da jtuh tu kite hendklah buat muka slamber so org pon tadek perasan n x usik sgt..hehe..hati2 next time!

redspider crystal berkata...

dhila_mmg control cun dhila. msuk longkang cmtu..huhu..

PROFkusut berkata...

adehhh...
len kali hati2 tauuuu :)

redspider crystal berkata...

PROFkusut_hihi...TQ..len kali hati2..tp bnyk lg hal terjatuh tergolek yg tak blh lupe prof...kuikui..nnt spider cite lg insyaallah..

redspider crystal berkata...

bahirah_sakit tu tak tau..sbb kaki ngam2 masuk dlm longkang tu..ngsm2 pjg longkang tu dgn kaki ni..ngam2 besar lubang jeriji tu dgn kaki n peha ni..kuikui..semua ngam2..

Blog Widget by LinkWithin