Khamis, 30 Julai 2009

This is sticky note
PEMBERITAHUAN...

UNTUK ORDER KUIH KAPIT BAKAR...
BOLEH BERHUBUNG TERUS KE NOMBOR INI

012-2073240 (PN. SAMSIAH)

ATAU BOLEH TERUS EMAIL KE ALAMAT INI :
SILA NYATAKAN KUANTITI, CONTACT NO. DAN NAMA ANDA.

HARGA UNTUK 100 KEPING = RM 17.00

HARGA UNTUK 50 KEPING= RM 9.00

Tempahan hanya sekitar Banting, Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sahaja.

Rabu, 29 Julai 2009

Inilah Kuih Kapit.

Ni nak bagi tunujk contoh gambar kuih kapit yang spider cerita kat entri yang lepas...gambar ni walaupun ambil kat internet kerana spider memang tak dapat mencari kamera...tetapi warna, rupa bentuk dan semua2nya adalah sama sebiji sejibik. Rasanya pula, dah beli baru taukan... Tapi boleh guarentee sangat puas hati.


Kuih Kapit 1


Kuih Kapit 2

Tag Dari NuR.

Salam buat kawan-kawan semua. Hari ni dapat tag dari NuR, dan rasa giler tak sabar nak buat. TQ NuR kerana ingat kat spider sebagai followers baru. Silalah layan tag di bawah ini ye...

1) apa perasaan sekarang?
Macam-macam, Gembira + Sedih + Geram + Terharu + Aman + Bersyukur.

2) saya nak makan?
Apa yek? time kenyang ni tak de nafsu lagi pada makanan.

3) saya tak suka?
Tuduhan yang melampau dan orang kerek nak mati.

4) impian saya?
Punya keluarga bahagia + kerja kerajaan + bebas dari hutang piutang.

5) haiwan yang saya tidak suka?
cicak gak (sama cam NuR) + lipas + tikus

6) saya harapkan?
Apa jua keadaan yang datang, dapat ditangani dengan mudah +
Keluarga yang bahagia dan jodoh berpanjangan +
Tiada orang yang membenci spider

7) jika boleh diputarkan masa?
pasti spider tak tua-tuakan...

8) saya pada 10 tahun akan datang?
berumur 35tahun.

9) hp saya adalah
barang yang spider sayang dan sentiasa pastikan tidak tertinggal.

10) saya pernah bercinta sebanyak?
cinta monyet = 3 kali
cinta remaja = 2 kali (ini kira samalah dengan cinta tak kesampaian)
dan sekali lagi cinta sekarang dengan orang yang penuh kasih sayang (doakan moga berpanjangan ye).

11) saya suka pada?
banyak......

12) kawan-kawan saya?
ramai.....

13) pernah dikhianati?
pernah...tapi dah malas nak ingat sangat..mungkin juga silap sendiri.

14) apa yang hendak dilakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
biar jelah...malas nak amik port lama-lama...tapi kalau awal-awal dapat gaklah sesembur dua kata-kata yang boleh buat orang tu terdiam.

15) senaraikan 8 orang untuk di tag...
GajahBuntotBesar, Art d Pie, cik Dhila, kakNurul, Sukadukacita, Anak Burhan, semut dan papan kekunci, tekong manjung........
dan semua yang telah singgah dan membaca tag ini...dialu-alukan dengan hati yang besar.

Sekian...

Selasa, 28 Julai 2009

Kisah Tauladan.

Sebelum nak ceritakan apa yang ingin dikongsi dalam entri kali ini, sukacita nak ingatkan kepada anda-anda semua, untuk sudi-sudikan diri menempah kuih kapit buatan mak spider and her business partner. Murah jer, baca je sticky note kat atas ni untuk tau lebih lanjut. Kepada yang telah menghubungi untuk tempahan, terima kasih daun keladi, dan kepada sesiapa yang berhasrat berbuat demikian, terima kasih in advance yer. Sangat-sangat dialu-alukan.

OKlah, kali ni nak share cerita pasal zaman Nabi kita dulu... Kisah seorang yang kedekut dan bakhil. Mungkin dah ada yang tahu, tapi takpelah, ambil ini sebagai peringatan dan pedoman bersama. Cerita ni pun dapat dari email yang telah dihantar oleh kak Rosnani. TQ akak.

Begini kisahnya........

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.

Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku.

Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal... Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebuta dalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Dapat Juga Tengok.

Akhirnya pada hari Sabtu yang lepas, dapat gak angkut adik-adik lelaki spider pergi tengok wayang cerita Transformer. Biarpun dah nak masuk sebulan cerita tu kat pawagam, orang masih ramai berduyun-duyun nak tengok cerita tu. Spider tak ikut pun cerita ni dari movie first dulu. Kali ni baru nak tengok, itupun setelah didesak oleh adik-adik yang bertuah ni.

First time pergi dulu, konon nak tengok kat Sunway Pyramid (SP), sampai je sana tengok kat screen jadual tayangan tu, dari pukul 5lbh punya tayangan ke malam, tinggal few je. Yang tayanagn sebelum2 tu jangan ceritalah, memang dah full. Orang yang beratur lak time tu memang tak hengggat...ramai giler...so, memang impossible nak dapat tiket pukul 5lbh tu OK... Jadi dengan perasaan hampa dan ala-ala sedih (sebab yang sedih sangat of coz lah adik spider yang darjah 5 tu, die yang duk merayu pagi petang siang malam ajak g tengok time hujung minggu) balik je rumah sebelum merayau2 jab kat dalam SP tu.

Cubaan kedua pula, konon nak tengok kat Mines, time tu hari Khamis, tapi pergi dengan orang yang penuh kasih sayang(dia pun minat beno cite ni), bukan dengan adik. Ingat sempatlah nak tengok time tu, tapi tak sempat juga... Tak jadi lagi.

Kali ketiga mencuba baru lah dapat tengok kat Jusco Bukit Tinggi. Itupun dapat seat baris nombor dua dari depan, memang jerawat Megan Fox pun nampak OK...Dekat gile dengan screen. Nasib gak ada kosong selain yang baris depan sekali. Bila movie nak start, masuk pawagam dan rupanya yang baris depan pun masih ada yang nak layan walaupun cerita ni dah nak sebulan (ke dah sebulan ntah).

Part paling sweet bagi spider, time Micaela transform her cloths from jeans to gaun, and standing in front of Sam with flowers at her hand.

Part paling best lak time Jetfire hidup balik and bagitahu yang die sokong autorobot...bukan the fallen yang jahat nak mati tu..

Part paling lucu, time si major jeneral ke ape ntah pangkatnya nak selamatkan seorang yang berpangkat beso ni (yang cam nak botak pakai kot je tu, ada ingat tak namanya?), sebab diaorang semua dgn kapal tu nak ke padang pasir atas request geng Sam ni kan. Jeneral ni suruh dia terjun dari kapal terbang, dan bgtau jgn risau, payung terjun dah disematkan kat belakang, cuma tarik picunya sahaja...tp si sengal botak ni (watak die memang sengal, berlagak dan tak sependapat dengan jeneral2 yang lain, tapi die pangkat besar) g tarik picu tu sebelum terjun, so apa lagi, belum habis penerangan, selamatlah kau kena terbangkan dek payung terjun...

Part paling tak best bila the Fallen dapat rampas balik Matrix dari Optimus...dahlah Sam bergadai nyawa nak letakkan kat Optimus, bila dah berjaya, alih2 si fallen lak dengan mudahnya merampas dari dada Optimus, mujurlah Jetfire berkorban jiwa dan raganya pada Optimus..huhu...tak berbaloi...

Ni pendapat spider je tentang cerita Transformer ni... Movie dah nak basi baru dapat g tengok...ui ui....... Sekian.

Isnin, 27 Julai 2009

Jemputan Makan Free.

Dapat jemputan untuk monthly birthday celebration kat company spider. Syok gak HR buat cam gini. Terasa di ambil berat gaklah (walaupun banyak lagi benda yang kurang diambil berat, tapi bab ni kira OK). TQ TQ...

Dear Colleague / Team Member
Re: Monthly Birthday Celebration-July 2009
Y*****A Md Yusof (SPVEA)

You are invited to the above occasion which is to be held on Friday 07th August 2009, at the canteen at 4.15pm.

Your presence is VERY MUCH needed and appreciated, to make this occasion a joyous and memorable one.

Happy Birthday


Mohd Taufik Abdullah
........................................
Human Resource Manager
o/b of the Management Team
Swedish Motor Assemblies Sdn Bhd


Sudah pasti spider akan menghadirkan diri seperti yang diharapkan...sapa tak nak makan free kan...TQ TQ again...

Khamis, 23 Julai 2009

Kuih Kapit Bakar.

OK, straight forward je kat entri kali ni. Spider nak promote sikit bisnes mak spider bersempena dengan kedatangan Syawal tak lama lagi...Apalagi kan kalau bukan bisnes kuih raya. Tapi tak mau cerita pasal cookies, ni nak promote tentang kuih kapit yang mak spider dan bisnes partner dia telah usahakan sejak 3 tahun yang lepas, dan ini masuk tahun keempat.

Apa istimewanya kuih kapit diaorang ini ialah, kuih ini dibuat secara dibakar dan bukan digoreng seperti kebanyakan kuih kapit yang berada di pasaran. Lagi satu keistimewaanya ialah kuih kapit ni memang di'produced'kan oleh mak spider dan lagi sorang bisnes partner nye sahaja. Tiada orang lain yang diambil sebagai pekerja sambilan atau pekerja part time. Dari bancuhan hingga ke membakar, melipat (lipat tiga segi) dan akhir sekali menyusun kan kuih kapit tersebut ke dalam tin/bekas, semuanya diuruskan oleh mereka berdua sahaja. Tiada campur tangan orang lain. Cuma bila bab menghantar sahaja mereka menggunakan pekerja part time untuk menghantar kuih kepada pelanggan (sebab 2 2 tak de lesen kelas D OK). Pekerja part time nya pula adalah spider sendiri / abah spider...(kena gak kira upah kan..penat gak puasa2 drive panas2, hehe)

Secara jujurnya, pelanggan yang sebelum-sebelum ini sangat berpuas hati tentang kerangupan dan kesedapan kuih kapit bakar ini(seriously, memang susah nak jumpa yang jenis bakar sekarang, kebanyakkannya goreng). Tambahan pula kuih kapit bakar tidak mudah lemau seperti kapit yang digoreng, dan of course yang dibakar tak berminyak. Jangan tak percaya yang kuih kapit bakar ni telah pun ada pelanggan tetap, yang akan menghubungi mak spider dan membuat tempahan untuk menjadi pengedar. Oh, iye, kepada sesiapa yang ingin menjadi pengedar, harga untuk pengedar adalah lain dan sila hubungi terus ke mak spider (Pn. Samsiah) untuk keterangan lanjut mengenai harga bagi pengedar. Kali ni tak de gambar sebab spider tak de kamera..tapi nanti cuba usahakan letak gambar kuih kapit tu kat blog ni.

Sila juga lihat note kat atas tentang bagaimana untuk membuat tempahan. TQ...


P/S: Dinasihatkan untuk mengambil segala tempahan seminggu sebelum raya. Jangan terlalu awal kerana dikhuatiri akan habis sebelum raya (ini selalu terjadi kepada pelanggan yang lepas-lepas dan akhirnya terpaksa membuat tempahan lagi untuk stok raya. Cuma risau you all lari budget je nanti, dan risau kalau mak spider dah tutup untuk tempahan).

Harap-harap spider telah dapat membantu mak melebarkan lagi pasaran kuih kapitnya dari tahun ke tahun..spider anak solehah :) tak minta upah untuk entri ni tau,huhu

Future Shoes Ke?

Meh sini semua, nak bagi tengok beberapa design kasut yang mungkin ada antara kita tak pernah nampak... Gambar2 ni pun telah dihantar olehKakSiti kepada spider melalui email.

Memang agak pelik dan mencabar untuk memakainya. Mungkin kepada sesiapa yang ada hasrat untuk mereka kasut sendiri dengan meletakkan sedikit element2 yang unik, mencabar dan mesra alam, cubalah lihat contah2 kasut di bawah ini...TQ buat kakSiti yang sudi share gambar ni dengan spider.















Tu antara yang ada dan agak 'OK'lah kalau dipakaikn kat kaki...tapi yang ni challenging sikit tuk digayakan, tapi kepada sesiapa yang terror, boleh gak untuk mencari, mereka dan seterusnya memakai kasut yang seumpama ini...sila tengok yer kat bawah ni....
ni kalau jalan kat tar, mau melepur tapak kaki...
ni bukan setakat melepur tapak kaki, mau tembus paku tu kat dalam tumit kaki kita, ye tak?

OK, tu je dulu...saja nak kongsi dengan you all juga...have a nice day! nak balik dah..bubbye!

Selasa, 21 Julai 2009

Perasaan: Gembira + Sedih + Bosan

Sebab musabab: Gembira sebab contact balik dengan kawan lama time 2ndary school dulu. Namanya Mastura a.k.a. Intan. Tapi spider panggil dia Mas. Thank you for keep in touch ye Mas. Dah selamat berkahwin pada beberapa bulan yang lepas. Maaf tak dapat pergi sebab tahu last minit dan time tu spider ada plan lain. Apapun, moga berbahagia selalu. Boleh cerita2 hal lain lak pas ni OK.

Kenapa sedih, biarlah rahsia.

Bosan sebab ada training sistem pukul 11pagi ni. huhu....macam boring je...harap2lah dapat survive ye mata...Jangan buat perangai tau mata...Pukul 1230tghari habis..so, please bersabar and behave yourself.

Isnin, 20 Julai 2009

Warna Kami.

Kuiz ni diambil dari GajahBuntotBesar. TQ gak sebab suruh spider layan kuiz ni..memang teruja gak nak menjawabnya.

Kuiz ini diambil dari facebook katanya. Mungkin sebab spider tak ada facebook, maka GajahBuntotBesar berbesar hati mempelawa spider untuk layan kuiz ni. Untuk keterangan lanjut sila ke blog Gajah ini.

Untuk spider, ini dia ceritanya...

Y+*+*+*+*+*+A = 7+1+2+1+1+8+1

= 21, 2+1 = 3

The result is 3, 3 is yellow color...so, the analysis for yellow is...

Peribadi yang manis dan inosen, dipercaya banyak orang serta memiliki jiwa kepemimpinan dalam sebuah hubungan. Mampu membuat keputusan dan menentukan pilihan yang tepat di waktu yang tepat. Selalu memimpikan hubungan yang romantis.

Iye2...ada betulnya analisis ni...

Untuk orang yang penuh kasih sayang lak (tak sah kalau tak ada), begini resultnya...

I+*+*+*+M+H+*+*+*+*+E = 9+8+8+1+4+8+5+4+9+5+5

= 66 = 6+6 = 12 = 1+2 = 3

Uit, sama lah...hehe...sonang koje...sama result, sama warna, sama analsis...Sekian.

Tag Lagi.

Ambil tag ni dari Liana (TQ sebab tag kat semua readers)! Nampak cam best, so apelagi, try terus..jom tengok...



Sebelum tu, sila ikut rules yang telah ditetapkan.



Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.



1. What is your name : Y*****A

2. A four letter word : Your

3. A boy's name : Yusof

4. A girl's name : Yusliza

5. An occupation : Yacht instuctor (blh kan ni?)

6. A color : Yellow

7. Something you'll wear: Yellow long dress

8. A food : Yogurt

9. Something found in the bathroom: Yerkkk...seluar kecik sape ni?

10. A place : Yamen

11. A reason for being late : Ya ampun, minyak habis tengah jalan.

12. Something you'd shout : Yihaa!

13. A movie title : You Don't Mess With the Zohan

14. Something you drink : Yeo's Soya Bean

15. A musical group : Yuna and Band (blh tak?)

16. An animal : Yu

17. A street name : Yap Kwan Seng (kat KL)

18. A type of car : Y283 (internal model for Volvo)

19. Title of a song : You and I


Finished for spider.Susah gak nak fikir start dari Y ni..huhu.. and now for orang yang penuh kasih sayang lak...Hopefully die gembira membacanya. Buat discussion on phone tau ni...tak tipu punyer..


1. What is your name : I***M H****E

2. A four letter word : Ilmu

3. A boy's name : Izad

4. A girl's name : Iza

5. An occupation : Internal auditor

6. A color : Indigo

7. Something you'll wear: Ideal shirt

8. A food : Ikan

9. Something found in the bathroom: Injap pam

10. A place : Ireland

11. A reason for being late : In traffic jam

12. Something you'd shout : Ish!

13. A movie title : Ice Age

14. Something you drink : Ice Tea

15. A musical group : Impression (zaman Eizlan Yusof dulu)

16. An animal : Itik

17. A street name : Ipoh (Jln Ipoh)

18. A type of car : Innova

19. Title of a song : I'll be there

Sekian untuk tag kali ini. TQ atas kesudian yang membaca. Tag kat semua juga...Layanlah yer.

English Week Campaign

Start from this week till next week, we are not allow to speak in bahasa or other languages instead of English in our office. Everything must be in English. Spider need to go out if want to make any call or receive any call from spider's handphone. This is bring a moment when spider was in secondary school, we have English Week in order to improve English application amongs student. Anyone who is break the rules, will be penalized.

Now, such like school time, we have 4 rules that need to comply by us during this English Campaign at SPVEA:-

1) SPEAK ENGLISH AND BE RESPONDED IN ENGLISH
2) NO MANGLISH ALLOWED (EG. LAH, AH, ONE)
3) TO REPORT DATE AND TIME OF NON-COMPLIANCE
4) RM1.00 FINE PER OCCASION FOR NON-COMPLIANCE

OK, just keep up our effort to improve ourself...Gud luck to Spider and all of officemates.

Khamis, 16 Julai 2009

Mati Husnul Khatimah.

Kali ini nak kongsi artikel yang diambil dari Harian Metro, ruangan Ad-Din, bersama Mohd Zawawi Yusoh. Harap semua orang boleh dapat manfaat dari artikel yang dipost kan ini, iaitu tentang MATI HUSNUL KHATIMAH.

Mati husnul khatimah bukan sahaja perlu diminta tetapi perlu dicari dan diburu oleh hambaNYA.

Ada beberapa tanda yang boleh dianggap sebagai mati Husnul Khatimah, iaitu:-

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?"
Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah."
Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."
Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati kerana tenggelam.

7. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

8. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

9. Mati terbakar.

Dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

10. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

11. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

12. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

13. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

14. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Rabu, 15 Julai 2009

Background Baru.

Saje nak try background baru pas dapat website kat Haida. Hope tak menyemakkan mata sesiapa yang sudi menjengah, menziarah dan membaca blog ni... Kalau rasa sakit mata je tengok, sila bagitahu yer, so spider boleh tukar dengan background lain. Tetamu diutamakan...hihi :D

Car-A/C Alert.

PLEASE TAKE NOTE! Do not turn on A/C immediately as soon as you enter the car!

Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the
air-conditioning immediately. According to a research done, the car dashboard,
sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note
of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons
your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure
will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage.

Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with
the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors
under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up
to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level... & the people inside the car will
inevitably inhale an excess amount of the toxins.

It is recommended that you open the windows and door to give time for
the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your
kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.

PLEASE DISSEMINATE THIS INFO TO EVERYBODY . Have a good day ya!

Selasa, 14 Julai 2009

Malas & IC Hilang

Lately macam malas je nak update blog. Nape ntah.Nak kata tak ada cerita, ada je sebenarnya, tapi bila buka je blog, malas nak wat apa2, tutup je balik.huhu...Inilah agaknya simptom malas yang pernah melanda blogger yang lain kan...spider baru first time rasa malas secara berpanjangan macam ni. Tapi now dah ok sikit kot. yelah, kalau tak tak delah cerita pasal malas ni kat sini kan.

Nak bagitahu gak kat sini, IC spider dah hilang...huhu...balik ni kena buat report...Janganlah IC tu jatuh kat sesapa yang tak bertanggungjawab...tak sabo nak buat report ni...spider takut...ggg...rrrr.....ggrrr...ggrrr....(camni ke takut?). Napelah boleh hilang IC tu? Puas dah cari merata tempat, tapi tak gak jumpa, sahlah hilang kan. Adui..tak pasal2 nak bayar denda lagi (RM100 kan?) Adeiiii! Budget shopping pun kira dah lari lah bulan ni...Ada ke sesapa nak menderma kat spider time2 camni(untungnya kalau ada :D). Tulah, lain kali jangan cuai sangat (tapi rasanya tak cuai sangat). Pengajaran untuk you all, sila periksa IC anda setiap 12jam OK!

Isnin, 13 Julai 2009

Sepupu Kahwin.

Tahniah buat sepupu spider yang telah melangsungkan pernikahannya pada 11/7 baru-baru ini. Resepsi sebelah perempuan telah diadakan pada 12/7 di Sg. Rambai Melaka, dan sebelah lelaki pada 18/7 ini nanti di Lepar Hilir 1, Pahang.
TAHNIAH BUAT MAHAIDI & HASILA. Cousin spider yang lelaki,. So sekarang dah 2 orang cousin selamat bergelar suami orang. Yang sorang tu dah jadi bapa pun (Atan). Spider bila lagi? Doalah bagi cepat yer..
Nanti bila dah ada gambar spider upload kat sini sekitar majlis perkahwinan mereka..daa..

Jumaat, 3 Julai 2009

Pandangan Untuk 'Mana Paling Utama?'

OK, thanks a lot pada yg bagi pendapat. Ni pendapat yang mereka telah pun berkesudian memberi pendapat tentang MARUAH, HATI dan PERASAAN.

Art d Pie berkata...
hatii & perasaan tu bkn same ke?kalo art, maruah lh paling utama..bkn ape, hati & perasaan ni bleh lagi di pujuk2..tp kalo bab maruah, skali tercalar, mmg susah nk pujuk...isy,betul ker?...art men serbu je ni..skadar meluahkn pendpt..hehehe..
2009 Julai 2 01:31


sEmut berkata...
one utama:p
2009 Julai 2 03:42


bahirah berkata...
maruah tempt ptama pastu perasaan..kalu tadek maruah maka tadek perasaan la kan?hehe..pndapat spider?
2009 Julai 2 20:58


GaJah buntOt BeSAr berkata...
secara rasional nyer...maruah harus di utama kan.......maruah blh melambangkan sejauh mane teguh nyer iman hamba ALLAH...hati dan perasaan hanya satu permainan jiwa...yg kadang2 dihasut syaitan durjana...hahahahagoyah nyer hati dan perasaan..maka goyah nyer iman..then pada waktu itu maruah akan tergadai...tetapkan iman di hati..satu kan ia dengan perasaan...lakukan pertimbangan yg sewajarnya utk memelihara maruah yg hanya sekali seumur hidup sj yg di berikan dlm hidup....
2009 Julai 2 23:57

---------------------------------------------------------------------

OKlah, ini ulasan untuk pendapat-pendapat di atas.

Untuk Artdpie, hati dan perasaan bagi spider 2 benda yang berbeza. Hati lebih bersifat objektif dan perasaan lebih subjektif (hehehe...boleh bayangkan tak?) Hati selalu lebih kepada sifat keras dan dapat ditafsir secara mudah. Contohnya bila marah, kita akan cakap 'E...geramnya hati aku!'. Manakala perasaan pula kadangkala sukar ditafsir dan diluah dengan kata-kata.

Untuk semut, TQ pada jawapan One Utama, memang one utama lagi utama dari yang lain kan.

Untuk bahirah, seseoang yang tak ada maruah mungkin lebih mengikut pada keutamaan hati kan? betul tak? Perasaan lak mungkin hilang macam tu jer kan..

Untuk GajahBontotBesar, Maruah adalah umpama amanah Allah untuk hambanya, betul2, saya pun terfikir benda yang sama.. memang kena jaga sebaik mungkin. Tapi maruah mungkin boleh dirujuk pada banyak benda kan...bukan hanya sekali (yang ni saya tau maruah ape yang awak maksudkan...)

OKlah, bagi spider adakalanya spider rasa perasaan itu lebih utama daripada maruah..i mean, perasaan, dan bukan hati.. cuba rujuk balik komen bahirah, lebih dekat pada pendapat spider walaupun bahirah kata maruah lebih utama. Jika seseorang itu tau perasaan die, dari situ datangnya rasa ingin menjaga maruah...ni cuma pendapat spider jer...tapi hati memang jatuh tempat ke3...

Ada lagi tak yang nak bagi pendapat? come come...

Rabu, 1 Julai 2009

Mana Paling Utama?

Antara MARUAH, HATI dan PERASAAN, mana satu yang dirasakan paling utama? Tiba-tiba nak tau pendapat orang tentang 3 benda ni :) memandangkan hari ni macam agak tak banyak kerja (sebab dah bertungkus lumus dari awal ok..bukan sebab tak ada kerja..), so bolehlah update sikit-sikit blog yang agak terbiar ni. Thank you in advance pada sesiapa yang sudi berkongsi pandangan.

Tabiat Buruk.

Tabiat ni memang sedia wujud sejak kecil lagi. Bila terhantuk / tersepak / terlanggar kat sesuatu, mulalah memandang geram kat benda tu, kemudian akan mengetuk/tumbuk/tendang balik benda yang dah buat kepala / kaki/ mana2 bahagian badan yang sakit disebabkan terhantuk/tersepak kat benda tu. Kalau tahap benjol ke kat kepala contohnya, lagilah kuat spider akan menumbuk / mengetuk balik kat tempat yang terhantuk / tersepak itu. Ini bagi mewujudkan rasa puas hati dan kepuasan tahap maksimum kerana seolah-olah berjaya membalas balik rasa sakit yang spider dapat (padahal benda tu tak salah apa2 pun). Misal kata kaki tersadung kat kaki katil, spider akan tendang balik kaki katil tu. Tapi kalau spider rasa tak berbaloi membalas dendam menggunakan tangan / kaki sendiri, spider akan mencapai apa2 benda yang keras n agak kuat lalu mengetuk benda tersebut. Rasanya mesti ada gak orang lain yang sama perangai buruk macam ni, ngaku je ok...
Blog Widget by LinkWithin