Isnin, 29 Jun 2009

System Problem.

Pagi ni tak boelh lak nak login sistem. Try2 dah kena blok lak...adeiii...sengal tul sistem ni. Bila lak spider tukar password? Tak langsung... boleh die kata invalid. nasiblah, tunggu tengahari baru nak call helpdesk minta bantuan. Tulun!tulun! Tak sabar nak buat kerja ni...

Ahad, 28 Jun 2009

Tea Break siri 3

Jumaat baru-baru ini, sekali lagi tea-break telah diadakan di ofis.
Macam biasa, ni gambar-gambar yang sempat disnap oleh banyak tangan. Layan tau...

Tag Baru.

Ambil tag ni dari Anak Burhan. Suka nak layan.

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Spider / labah-labah / labahlabahmerahkristal

ANDA SEORANG YANG:
Mengikut kata abah: degil (siap cakap depan adik-adik tu. Malu gak, tapi wat dek je lah.)
Mengikut kata emak: nampak lembut, tapi keras kepala (degil sangat ke anak mak sorang ni?)
Mengikut kata adik ke 2: mengada-ngada (eleh, die pun sama, nak cakap orang)
Mengikut kata adik ke 3: gedik (aksi gedik-gedik ni buat depan dia je pun. adik perempuan soranglah katakan.)
Mengikut kata adik ke 4: rajin (dia ni memang suka puji-puji spider. tak taulah kot2 ada sebab tertentu ke kan.)
Mengikut kata adik yang last: suka tidurrrr....(dia ni nampak diam, tapi suka pantau hal spider ok...)
Mengikut kata kawan-kawan: careless, suka-suka hati je, pelupa, peramah, banyak cakap (ni kawan-kawan yang bgtau, tak de kena mengena dgn kes mengomen sendiri.)
Mengikut kata org yg penuh kasih syg: degil, suka tidur, menggelabah, peramah, suka ambil mudah, suka buat takreti dan comel (hihi...betul ni, betul...tak tipu..die yang cakap...orang yang cepat perasan macam spider memang pantang dipuji sikit ok...)

INSAN TERISTIMEWA?DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA ISTIMEWA DI MATA ANDA:
Abah : Dia lah pelindung yang berwibawa.
Emak : Insan yang bersusah payah membawa spider ke bumi.
Adik-adik : walaupun nakal macam ape, tapi telah menjadikan spider bertitle 'kakak'
Kawan-kawan: ada yang sudi bersama di saat suka dan duka.
Orang yg penuh kasih sayang : mendidik diri supaya menjadi yang terbaik pada masa akan datang.

LAGU-LAGU KESUKAAN ANDA:
Banyak gak, boring baca nanti. Apapun, yang penting, Westlife, Spider dan Kristal itu adalah wajib.

MAKANAN KESUKAAN ANDA:
Banyak gak yang suka. Semua boleh kecuali yang tak boleh sahaja.

WARNA KESUKAAN ANDA:
Tak lain tak bukan, MERAH, HITAM, PUTIH, dan lain-lain seperti biasa je.

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Terlalu memberi arahan.
Banyak komplen.
Sombong dan bongkak.

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG:
Handphone, Lipice and Wallet.

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA?
Menangis ni pun banyak kali gak, sampi lupa bila yang last.
Macam-macam hal yang boleh buat spider menangis ok...

Selasa, 23 Jun 2009

Birthday on June.

Nak ucapkan Selamat Hari Lahir pada orang yang penuh kasih sayang pada 21/6/2009 yang lepas, genap berumur 27tahun... dah umur banyak ni pun belum nak kawin lagi ke?hihi...Saje je tanya...Memandangkan spider sibuk sikit minggu ni, hari ni baru dapat update blog, baru dapat wish kat sini..Pada orang yang penuh kasih sayang, tolong jangan merajuk ke apa ke ye...yang penting dah wish kan pada tarikh sebenar kan. MAY GOD ALWAYS BLESS YOU...

Bulan June ni sebenarnya agak ramai kenalan, family pun ada dan sahabat2 yang menyambut hari lahir mereka, termasuklah kakNurul, Dhila, June yang comei (18/6). Wah nama pun June, lahir pun June kan..hehe..oklah tu...Pada Farah manje kat ofis ni (11/6), adik spider nombor 2 a.k.a Ashri/Angah (9/6) dan beberapa kawan2 kat UiTM dulu, memang spider tau agak ramai yang lahir dalam bulan June ini. SELAMAT HARI LAHIR JUGA PADA KALIAN SEMUA...dah ucap sebelum ni pun tak per...spider ucap lagi..hihi..tak kena bayar pun..

Jumaat, 19 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

SEMPENA HARI BAPA ESOK HARI, NAK UCAPKAN
"SELAMAT HARI BAPA KEPADA BAPA SPIDER YANG TERSAYANG, EN. MD YUSOF BIN HJ AHMAD...CAYANG ABAH SELALU WALAUPUN ANAKMU INI MACAM ADA DEGIL-DEGIL TAK DENGAR CAKAP SIKIT, TAPI PERCAYALAH BAHAWA KASIH SAYANG PADA ABAH TAK PERNAH LUNTUR..."

SELAMAT HARI BAPA JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KAUM-KAUM BAPA YANG MENYINGGAH KAT BLOG NI...MOGA KALIAN SEMUA DAPAT MENJADI BAPA YANG TERBAIK KEPADA ANAK-ANAK KALIAN...

SELAMAT HARI BAPA JUGA KEPADA IBU-IBU TUNGGAL YANG JUGA TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG BAPA KEPADA ANAK-ANAK ANDA...SESUNGGUHNYA PENGORBANAN ANDA TIDAK TERNILAI DI HATI ANAK-ANAK ANDA...

KEPADA YANG BAKAL MENJADI BAPA, OK NEXT TIME BOLEH LAH DAPAT UCAPAN NI YER.

Ofismate Lagi.

Saje je nak expose gambar yang ni, masing-masing macam bagi senyuman yang ikhlas kan...

Time ni kak siti kat Sweden, so sorry ye kak siti...

Rabu, 17 Jun 2009

Kejadian Neraka.

Pagi tadi dapat email dari Haida tentang kejadian neraka. Spider saja copy paste kat sini untuk pengetahuan bersama (walaupun memang ada yang dah tahu, baca gak yer supaya jangan lupa).

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.

Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Moga-moga kita sedar dari kelalaian dan takut dengan azab Tuhan...TQ Haida for your email.

Selasa, 16 Jun 2009

Sepatu Kami

Saje nak tayang kaki dengan kasut dan sandal masing-masing...

Teringat entri Sukadukacita yang juga ada gambar kaki-kaki and sepatu macam ni.

Tapi sandal yang no.23 tu special ok... Pernah kena sorok lagi dengan si Farah. Nasib baik tak sempat buat report kat balai polis, Farah dah pulang balik sandal tu. Hihi, mesti Farah takut dengan tuan punya sandal 23 ni kan.



Ada ke?

Ada tak kerja yang kita rasa bila buat, tak akan bosan-bosan sampai mati?belum setahun dah bosan, payah gak macam ni.huhu...

Ahad, 14 Jun 2009

Farah's Birthday Party

11/6/2009 yang lepas, Farah genap berumur 25tahun yer...
SELAMAT HARI LAHIR FARAH...MAY GOD BLESS YOU...
13/6 Farah buat bithday party kat rumah die dengan bertemakan 'childish'...
Apelagi, semua pun macam budak2 gak perangai...sesuai lah tu..
layanlah gambar sekitar party tu ye..tak banyak sangat..kamera dari farah blm upload lagi.Bila dah upload nanti, spider letak lagi gambar kat sini k..tengok ye korang...



Thank you kat Farah yang sudi buat makan-makan free ni...Kenyang giler petang tu..semua pun sedap..TQ TQ..tahun depan buat lagi yer.

Al-fatihah Untuk Atuk Artdpie

Al-fatihah kepada arwah atuk Artdpie yang telah kembali ke rahmatullah di Mekah semasa menunaikan umrah baru2 ini. Moga roh beliau dicucuri rahmat...

(Maaf nama dan tarikh sebenar pemergian belum dapat tahu dari artdpie...waktu ni artdpie telah odw balik muar untuk kenduri tahlil)

Rabu, 10 Jun 2009

Kisah Terjatuh.

Hari tu ada berborak dengan Farah, dia kata dia terjatuh kat KL time shopping kain tuk raya (dia pun excited nak prepare tuk raya kan). Lepas tu teringatlah pengalaman sendiri tentang terjatuh ni. tapi yang paling memalukan, tak boleh lupa punya, nak cerita dengan semua orang, spider terjatuh time pergi sure heboh(time ni sure heboh lagi)kat seksyen13 S.Alam ni. kalau tak silap tahun 2005-2006

Time tu pergi 2 kereta, sepupu-sepupu and adik-adik. Tapi perempuannya spider, ija(adik) and ika(sepupu) je. kitaorang pun jalanler sama-sama pegang tangan lagi tau. Yang adik-adik n sepupu2 lelaki ni jalan kat belakang kitaorang bertiga. Disebabkan firstime nak pergi tengok sure heboh ni, punyalah excited kan berjalan kan, tak tengok orang sangat pun, yang tau nak tengok gerai-gerai kat dalam tu. Orang punyalah ramai, berhimpit-himpit gaklah sebab haritu ada konsert.

So, tengah syok syok berjalan nak masuk ke dalam area gerai-gerai tu, tak semena-mena boleh lak mata ni tak tengok bawah, mata ni terus shoot depan jer(arah gerai-gerai yang dah tak berapa jauh je lagi), tiba-tibakan, rasa kaki kanan ni di awang-awangan jab, and terus landing, lurus je kaki ni landing tau, dengan keadaan kaki kiri yg sebelah lagi macam orang menyangkung tu(dapat imagine tak?). Rupa-rupanya kaki kanan ni dah termasuk kat lubang longkang yang penutupnya dah patah satu besi...adus mak...bila tersedar tukan...malunya kan..tak boleh nak kata...dahlah keliling penuh dengan orang lalu lalang, ada yg jalan sorang2, jalan denagn couple masing2, jalan dengan family, dengan orang2 yang menjual-jual kat gerai2 tu lagi, dengan budak-budak kecik yang memang confirm gelakkan, termasuklah si jantan-jantan keberet yang datang sama-sama 2 kereta tadikan..diaorang buat apa tau...diaorang baik jer..tak gelakkan pun, sengih-sengih jew gitu-gitu, tapi langsung tak tolong, tak kisah pun sangat, yang penting tak gelakkan OK..Terpinga-pinga gaklah jab dalam 3saat tengok reaksi orang keliling, pastu ika terus tarik tangan spider tuk naik ats balik. Adui, time ni rasa nak masukkan kaki kiri tu je lagi sebelah dalam longkang tu, biar cangkung terus dalam longkang tu...malu giler orang tengok muka yang comei ni (comei lah kan..bolehkan..)jatuh longkang. Adui...Nasib gak baik sebab kedalaman longkang tu sama panjang dengan kaki spider OK. Sebab tu kaki yang termasuk dalam longkang ni boleh jatuh lurus dan bontot lak lagi seinci jer rasanya nak terduduk kat jeriji yang tutup longkang tu. eee...memang malu kalau ingat balik. Dahlah pakai seluar putih time tu, adui...nasib jugalah tak kena kotoran ape2 kat jeriji tu..dan lagi bernasib baik sebab longkang tu tak ade air. Nasib kan. Nilah jatuh yang paling malu and ditonton oleh orang ramai secara percuma.

Bila dah naik balik kan, muka ni trylah buat selamba bodoh tau. Tapi boleh lak abang-abang yang jual kat gerai-gerai tu cakap "meh sini minum dulu kak long, sian jatuh longkang.." Dalam hati spider kan '#@$!*!@&#, gelak ye...takpe2, control cun control cun..'buat gak muka selamber tak tau, tak tau. Jalan lah juga wat bodoh...Ika dengan ija ni memang nak tahan gelak je time tu tengok gelagat yang terjatuh ni, huhu.. sabar sabar. Biarlah orang-orang tu gelakkan,biar2, wat tak nampak..tapi memang nampak tau..nampak orang gelakkan kat spider..dah tu nak buat macamana, benda dah nak jadi..terima je lah kan.

Isnin, 8 Jun 2009

Hantar Kain Tepi Jalan

Hari Sabtu baru-baru ini dah janji dengan tailor (nama dia Adi) nak jumpa dia, nak bagi kain kat dia untuk raya nanti(excited tak spider nak raya tahun ni?). Tahun ni memang excited OK, yelah, first time nak raya dengan orang yang penuh kasih sayang sebagai sepasang ehem2...haha...ngada2 lak spider kan...ni belum kawin lagi ni, kalau dah kawin tak taulah excited macam manakan..(gatal jab ye). Tahun ni juga saje saja nak tempah awal, sebab tahun lepas, baju raya tempah last minit, sudahnya, raya haji pun tak dapat gak pakai baju tu.

So, sms dengan Adi, bagitahu kat dia petang ni nak hantar kain kat rumah dia. Petang tu pula, pergi hospital dulu tengok Isha (adik sepupu yang sangat anti dengan spider OK). Isha demam, admitted dah 5 hari hari Sabtu tu. Tengah lepak-lepak kat wad melayan Isha, Adi call kata dia nak pergi taman Banting (taman ni depan hospital yang spider pergi ni je... so spider cakap kat Adi, Oh, kalau macam tu jumpa kat taman depan hospital ni jelah, senang. tak yah hantar kat rumah.

Spider pun dengan sepupu lagi sorang (kak Uda) pergi jumpa Adi kat tepi jalan, depan taman, bagi kain yang nak ditempah tu, dan bincang lah segala apa ke fesen yang nak dibuat..lama gak bincang nak buat cam ginilah, cam gitulah. Kak Uda pun nak tempah gak baju kat Adi, first time nak cuba tailor spider ni. Hopefully kak Uda suka ye nanti. Nasiblah Adi ni faham ragam and kerenah customer..macam2 nak request. Tepi jalan pun jadi...bisnes di mana-mana kononnya...(betul lah tu kan). Contohilah Adi yang rela jumpa customernya walau di mana dia berada, walau apapun yang dia nak lakukan. Dia pergi taman tu sebab nak berjoging dengan anak-anak buahnya. Sorilah kacau ye Adi. Lepas ni kat mana-mana pun OK je kan buat nak hantar kain. Peace...

Tengah Gian.

Wups!janganlah buat andaian melulu tentang tajuk entri kali ini. Sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah tengah gian buat slide. Kenapa ntah rasa macam suka je nak buat slide. Mungkin sebab baru je tau nak buat kot...sedangkan orang lain dah boring buat slide..tak pelah kan..bagi chance kat yang baru tau ni. Harap-harap kepada sesapa yang baca atau singgah kat blog ni, janganlah lupa untuk menatap sekejab pun tak pe, slide2 yang dah ditempelkan kat sini... tengok ye, tengok tau. TQ...

Isnin, 1 Jun 2009

Tak Faham & Tak Suka

Tak faham...

Pernah tak dengar iklan dalam radio Era (tak pernah lagi gengar kat radio lain), bunyi nye lebih kurang macam ni, "Hai, saya Ning Baizura, terima kasih kerana menyokong karier ning,bla...bla...bla...ning bukanlah seorang yang luar biasa, tetapi hanya insan biasa yang ada batasannya, bla...bla...bla...tetapi sekarang ning berasa teramat penat." Habis.lebih kurang macam tulah bunyinya...spider tak faham iklan ni pasal ape sebenarnya?tergantung macam tu je. Tak faham tak faham.

Tak suka...

Kes yang tak suka sekarang ni ialah kes artis Malaysia, si Waheeda and Akhil. Tak suka benar hal kisah macam ni. Tapi yang memang spider pasti, Waheeda is not my favourite artist dari awal2 dia jadi penyanyi lagi. Bukan setakat tak favourite, memang out of favourite langsung...walaupun mak spider suka kat dia ni, tapi sekarang mak tengoklah hal yang dah kecoh sekarang, penangan dari artis kegemaran mak ni ek...(rasanya mak dah tak suka juga kot Waheeda ni). Memang tak tahu mana betul mana salah, tapi secara logik akalnya, fikir2lah sendiri...
Blog Widget by LinkWithin