Rabu, 13 Mei 2009

Apa yang Lelaki Mahu?

Info di bawah diambil dari Harian Metro ruangan Hati.
Apa yang lelaki mahu dalam hubungan? Kepada para wanita di luar sana, cuba baca info ni (kepada sesiapa yang telah baca, janganlah malu-malu untuk membacanya lagi, TQ). Mungkin lepas ni kepada sesiapa yang blur blur tentang kehendak lelaki ni (pernah terjadi pada spider sendiri), mungkin info di bawah dapat membantu anda.
Walaubagaimanapun, memang tak semua lelaki itu sama, dan ini cuma sekadar general info. At least ada idea sikit kan... Baca ye...

--------------------------------------------------------------

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.

Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan? Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia serta boleh berkongsi hal peribadi.

Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.

Mereka suka wanita lemah lembut, penyayang, matang, belas ihsan namun berpendirian teguh, tegas, berdikari serta bijaksana.


Teman yang tegas jadi penyokong

Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.

Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik antara ciri yang sangat penting. Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka dan bukannya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.


Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.

Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka. Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.


Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Anda mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan. Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.


Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.

Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.

Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.

Begitupun, peringkat kematangan lelaki ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat.

-----------------------------------------------------------------

Dapat dah ye idea sikit-sikit...adakalanya kaum lelaki memang complicated..lebih-lebih tak boleh, kurang-kurang lagi tak boleh. Spider pun belajar untuk menjadi secukup rasa. Yum yum!

2 ulasan:

sEmut berkata...

nak bini empat anak lapan tapi rumah satu. boleh?

redspider crystal berkata...

tak padan dengan kecil ye.

Blog Widget by LinkWithin