Khamis, 21 Mei 2009

Lubang Minyak Hitam.

Semalam kan, gelabah je bila tengok ada kesan minyak hitam kat bonet depan, sekali buka bonet tu, memang sah penutup minyak hitam dah tak ade... patutlah minyak tumpah.

Minta bantuan Anip (my cousin) suruh datang tengokkan kereta ni (kat tempat kerja, mahu tak gelabah, kalau kat rumah takpe). Lepas ofis hour, diapun datang bawa penutup minyak hitam lagi satu. Dia belikan sebelum sampai tempat kerja spider, satu RM8 (bayar balik tau).

Dia pun bukalah bonet depan kereta tu. Tak sangka lak Anip cakap "ni ada tutup minyak hitam ni". Spider pun jenguk-jenguk dan berkata "tu kan tak de tutup tu (dengan nada confident)" Anip balas balik "ni lah...bukan yang ni. Ni lubang ape,lubang bagi sejuk enjin..." Spider nak kata apa kan, dah memang sah-sah baru kenal mana satu lubang minyak hitam.. Hu hu...Sori Anip...

Nasib Anip tak bengang, yelah dahlah kena carikan penutup lubang minyak tu, singgah lagi tempat kerja spider (nasib ofis tempat kerja dia tak berapa jauh dengan tempat kerja spider. Tapi ni dah kira nyusahkan orang juga lah kan (tau tak pe ok.

Rupa-rupanya minyak hitam tu keluar dari cover bonet. Semalam memnag betul cover lubang tu hilang ntah ke mana, sampai rumah je tengok melimpah-habis kena kat tepi-tepi lampu. Kiranya ni minyak hitam semalam yang telah terperangkap dalam celah-celah lubang cover bonet. OK OK, pasni dah tau dah mana lubang minyak hitam. Yang peliknya, kenapa tak rasa malu kat Anip?hihi...Diapun faham dah akak sepupu dia yang sorang ni kadang-kadang macam sengal sikit.

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin