Khamis, 14 Mei 2009

Halal ke Air Ini?

Kali ni nak luahkan pendapat spider tentang produk minuman keluaran Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB). Nama air minuman ni 'ISTAK'. Tak tahulah, kenapa senang-senang status halal diberikan pada produk ni. Entahlah, kadang-kadang tak faham kenapa benda yang nampak macam tak logik dah jadi logik? Benda yang secara logik dan asasnya tak boleh diambil oleh umat Islam, tapi dilabel HALAL.

Kononnya Non-alcaholic beverage/ malt beverage. Apa semua ni? Walaupun kau, wahai 'ISTAK' tidak mengandungi alkohol, tapi kau sedar tak 'ISTAK' yang kau telah dizahirkan dalam bentuk yang seumpama atau seakan-akan minuman haram lagi syaitan bagi umat Islam iaitu arak / beer / ape2lah yang sewaktu dengannya? Ni, baca hadis ni betul-betul dan fahamkan...

“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Cubalah fahamkan betul-betul hadis kat atas ni wahai manusia-manusia semua. Dulu time spider sekolah rendah dalam 10tahun macamtu, ustazah ada cakap, air kosong masak tu pun kalau kita minum, tapi kita anggap itu arak, hukumnya HARAM. Inikan pula lagi 'ISTAK' ni yang dah tentu-tentu botol pun macam botol minuman syaitan tu, boleh dilabel 'HALAL'. Oh...mungkin ada yang kata 'janganlah anggap kau minum arak, sebab tu memang bukan arak...' Kalau ada yang kata begitu silakan, tapi spider tetap tak setuju yang 'ISTAK' ni halal.

Secara fitrahnya, bila tengok je botol 'ISTAK' ni, kita pasti akan terlintas di dalam kepala, 'eh, botol ni macam botol arak!'. Bagi spider, persamaan botol ni sahaja telah menimbulkan pelbagai syak dalam hati. Kenapa perlu nak keluarkan minuman non-alcohol dalam bentuk botol yang serupa dengan minuman yang ada alkohol? Ni tak lain tak bukan kononnya untuk jaga standard pembeli. Pembeli yang macamana tu fikirlah sendiri. Spider tak mahu buat tuduhan melulu, tapi sejujurnya pasti ada segelintir pembeli berasa bangga kerana dapat membeli 'ISTAK' ni nanti yang seumpama botol arak ni, dan juga berasa megah kerana dapat menikmati kelazatan (agaknyalah lazat) 'ISTAK' yang warna airnya pun saling tak tumpah dengan warna air syaitan.

Mungkin spider jahil atau dianggap stupid sebab berpendapat yang 'ISTAK' ni tak halal, tapi this is my opinion, this is my stand. Whatever orang kat luar sana nak setuju dengan status 'HALAL' air ni, spider tak kisah pun... Sukahati lah. Selagi botol 'ISTAK' ni macam botol arak, selagi air dia pun warna cam air arak, selagi tu spider tak setuju dengan status 'HALAL' yang diberi pada 'ISTAK'.

Cuba baca artikel kat bawah ni,

ISTAK is leader of the market for producing NON Alcohlic beer in Iran. Raw materials are sourced from well-known companies such as Dohller Co and Givaudan. The product of this company with ISTAK brand is supplied in 10 flavors with two kind of Packaging – Aluminum Can & Glass bottle - with 2million production in a day. ISTAK is the leader of the market in Iran and whilst the main export country destinations include Lebanon, Pakistan, Afghanistan, Turkish, Iraq and Malaysia the company is open to opening new export and distribution channels in South Africa.



Artikel ni diambil dari link ni, sila klik kalau berminat nak tahu lebih lanjut.

------------------------------------------------------------------------


Lepas tu cuba baca kat bawah ni pula (sori, lupa sumber artikel ni)




IRANIAN beverage manufacturer, Arpanoosh, will invest ?10 million (RM47 million) in a filling plant in Malaysia for its range of non-alcoholic malt beverage, Istak.The company, through its exclusive distributor for Asia-Pacific, Malaysian Iranian Corp Sdn Bhd, is also on the lookout for joint-venture partners to establish bottle and can manufacturing plants in Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------

Bukan nak kata apalah, cuba cari apa perbezaan antara 2 artikel ni. Dah tentu-tentu boleh nampak perkataan yang telah pun di'bold'kan kat atas tu. Satu guna non-alcoholic beer, satu lagi guna non-alcoholic malt beverage. Apa lah makna semua ni? beer ke malt beverage? Bagi spider, sama je. Cuma perkataan malt beverage tu seolah-olah untuk 'menghidupkan ' lagi status "HALAL' yang telah diberi pada 'minuman ni. Kalau betul lah minuman ni tak ada kena mengena langsung dengan beer, sudah tentu penggunaan non-alcoholic beer tidak digunakan langsung dalam mana-mana article. Benda ni sensitifkan? Semua umat Islam tahu kan?

Memang tak puas hati yang teramat sangat bila dikatakan 'ISTAK' ni mempunyai kebaikan untuk kesihatan. YES, tidak disangkal, mungkin benar minuman ni boleh turunkan paras kolestrol, bagi tenaga and so on so on... So, sama jelah dengan umat zaman nabi dahulu yang meminum arak dan pada waktu itu tiada lagi wahyu yang diturunkan ALLAH S.W.T. tentang pengharaman arak. Zaman Jahiliah dulu, diaorang minum arak kononnya boleh bagi kesihatan pada diorang, dan yes, memang ada betulnya, tapi mudaratnya pula lagi banyak, lalu ALLAH S.W.T memerintahkan pengharaman arak.

Rasa nya ramai yang tahu bahawa Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad) - (hadis ni dapat dari email yang telah dihantar oleh Farah. TQ Farah).

Memang masih tak faham dan tertanya-tanya, kenapa mudah sangat nak bagi status 'HALAL' pada minuman yang macam ni. Risau gak kalau satu hari nanti semua botol minuman yang halal ditukar kepada rupa bentuk botol yang macam ni, silap-silap hari bulan, orang beli arak pun kita kata 'tak lah...air halal tu...' nak ke jadi macam tu? Ke mana perginya nilai-nilai unik dan suci agama kita? Bukan nak berceramah, tapi inilah yang spider duk tak faham dan rasa sangat-sangat tidak bersetuju. Fikirlah sendiri secara asas dan secara mendalamnya.

Bukan nak salahkan sesiapa, mungkin ada pihak yang boleh tampil secara terang-terangan bagi membuktikan bahawa air 'ISTAK' ni langsung tiada was-was dan ragu-ragu untuk dibeli dan diminum oleh umat Islam. Kalau ada sila dipersilakan buat pengumuman di media-media. Biar semua orang jelas. Tapi bagi spider, spider tetap tak akan yakin. This is my right, and I really don't care about others. Nak tau macam mana rupa 'ISTAK' yang 'HALAL' ni? Tengoklah kat bawah ni. Pasti ramai yang dah tahu jugakan. Saja nak bagi terang dan jelas pada sesiapa yang baru tahu macam spider sendiri. Boleh tak renung kejab nilai 'HALAL' pada air yang macamni...





non-alcoholic beer...hmmm.... non-alcoholic malt beverage....hmmmm.... HALAL!!!hmmmm.....Apa-apa ntah...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak jadikan budaya baru dlm masyarakat Malaysia ke agaknye?

Memang tak wajar.

linda aka konda berkata...

got pro n contra here

the pro is, yes..the water is non-alchohol, so then it is halal..it avoid muslims to try the haram beer and whatsoever..

the contra is, mcm u ckp, mengikot budaya musoh islam, and it is dilarang dalam islam..

but,
it all depend on people's nawaitu..rite?

redspider crystal berkata...

Hi linda aka Konda_i'm not to conservative, the entry is just my opinion and stand.

Yes, mybe your pro is right as well, but then we have other alternatives in order to prevent or help muslims people not to take alcohol drink. Furthermore, belief that muslims people need a clear explanation regarding this Istak.

Anyway, TQ coz sharing your view:)

Tanpa Nama berkata...

Aku dah minum minuman Istak tu...

Tidak memabukkan....
Sedap.... tidak manis, rasanya baik untuk mereka yang kencing manis.

Botolnya seperti botol kicap...

Dilabel di letakkan "Non Alcoholic Malt Beverage", yang biasa di letak kepada iklan minyak wangi... "Boleh Pakai Sembahyang - Tiada Mempunyai Alkohol". Takkan itu pun salah.

Maha Suci Allah.

www.istak.com

Blog Widget by LinkWithin