Bermula dari awal pagi td, dalam pukul 2 3 pagi agaknya, boleh termengigau hantu. Ya Allah... sampai keluar suara macam nak jerit2 tu, nasib baik tak kuat, kalau tak, mau seisi rumah perasan. Sebelum tido tengok Keliwon TV3 tu, pastu macam terbawa2 lak hantu dalam cerita tu kat dalam mimpi. Nasib baik cuma mimpi dan igauan. Dahlah malam tadi malam Jumaat. Bila dah tersedar tu, rasa macam semacam je nak tido balik, tapi dengan jayanya terlelap gak mata semula. Alhamdulillah tak de apa2. Cuma dalam mimpi tu, watak hantu tu tak boleh terimalah. Itulah yang membuatkan seram, tak percaya, nak tolong, dan macam2 lagi sampai terjerit2 kecil (lagi sekali, nasib baik yang lain tak dengar, kalau tak buat malu je).
Pagi ni tumpang jiran pergi tempat kerja. Kereta tak de. Wira belum keluar workshop, Myvi lak adik nak guna. Dah memang Myvi dia pun kan. So, tumpang jiran ni pergi keje. Kebetulan dia nak hantar anak dia ke stesen bas Seksyen 17 tuk balik Kota Bharu. Duduk kat seat belakang sambil berborak di sepanjang jalan. tanpa disedari botol air terbuka tutupnya, dan tertumpah segala isi air ke atas seat belakang kereta Waja dia tu.. Ya Allah.. sungguh tak berniat nak menyusahkan orang. Nak dijadikan cerita, atas seat tu ada pulak borang permohonan jawatan kosong anak sulung dia yang nak di hantar ke LKIM. Mujur lah bahagian atas je yang kena air, tapi rasanya bila kering, comot gak borang tu. Kalau anak dia isi form tu guna dakwat basah, confirm dah kembang-kembang dah tulisan atas borang tu..Aduh...sungguh tak berniat nak menyusahkan orang. Ya Allah, napalah boleh tak perasan penutup tupperware air ni terbuka. Sebelum turun, minta maaf kat jiran tu, "acik Halim, sori sangat2 dah tertumpahkan air kat borang ni." Acik Halim cuma kata tak apa, tak apa, sikit je. Tapi kalau kena kat spider sendiri, mahu mengembang-ngembang sarang yang spider buat tuk lepaskan tension. adui...minta maaf sesangat pada acik Halim and anaknya Nazira.
Itu satu hal. Pagi tadi juga, waktu dalam kereta dia tengah berborak-borak sambil type sms pada orang yang penuh dengan kasih sayang, tiba2 kepala pening, rasa nak muntah pulak. Mungkin sebab terlalu banyak brek, yelah, jalan tu memang banyak kereta pun. Bila rasa nak muntah tu, terus je senyap dan asyik dok fikir bilalah nak sampai ofis ni.. Dahlah time tu air tumpahkan, lagi pening fikir macamana cara nak bagitahu acik Halim yang air dah kena borang anak dia..huhu..Kenapalah jadi macam nikan. Akhirnya sampai gak ofis, terus duduk lentok kat meja nak tahan rasa yang tak sedap tu. Nasib baik lama-lama hilang. Orang yang penuh kasih sayang suruh makan vitamin C. Boleh lak tak ingat kan, time pening2 agaknya terlupa nak fikir kan sesuatu yang biasa dibuat. Terima kasih kepada orang yang penuh kasih sayang kerana sentiasa mengingatkan.
Harap-harap tak adalah apa-apa yang tak best lagi berlaku sepanjang hari ni. Tapi kalau ada jadi gak, redha jelah. Ujian kecil. Tapikan sampai turun kereta jiran tu, tak bagitahu pun yang air spider sebenarnya tertumpah hampir satu botol dekat seat belakang dia. Tak berani nak cakap. Mesti dia ingat tumpah atas borang je sikit. Adui..minta ampun bebanyak pada yang berkenaan. Rasanya boleh kot tak cakap sebab air kosong je, kalau kering kira tak meninggalkan kesan kot kan. Minta2 lah.. Atau lepas ni jangan haraplah dapat tumpang dia lagi kalau dalam kesempitan.huhu.. Nasiblah!
Khamis, 19 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
nice blog tasya. minat spider?
minat sgt spider.
Blog kaklong lagi nice.
Can getting close with ur life tau. blog tasha simple je, tp TQ ckp nice :).
Catat Ulasan