Ahad, 15 Februari 2009

For the First Time.

Buat pertama kalinya, spider menulis blog yang akhirnya berjaya diwujudkan. Untuk apa dan kenapa blog ini diwujudkan sebenarnya tidaklah mempunyai sebab yang khusus, melainkan suka-suka kerana masa kerja banyak terbuang, seolah-olah selama hampir 3 bulan makan gaji buta. Dari melayan mata mengantuk, baik buat blog dan menulis...jadi spider mula menulis hari ini.

As an introduction, spider would like to reveal a little bit about spider's personal info.
- Parent (Pak Usop and Acik Sham. Hihi.. ni yang budak-budak taman panggil. Syukur dilahirkan sebagai anak kamu berdua. Acik Sham kata dia masak tak sedap, tapi tekak ni kata sedap sangat. Pak usop pun suka, oklah tu. Pak Usop kata Acik Sham ni lalai orangnya, so apa sahaja dokumen yang penting, Pak Usop akan simpan. Acik Sham pun memfotostatkan IC nya untuk dibawa kesana kemari, memandangkan Acik Sham punya IC dah 5 kali hilang. Subhanallah, nasib lah polis tak syak Acik Sham jual IC kt Indon kan. Kalau tak, siapa nak jawab? Pak Usop gak...).

- 5 siblings (Angah, Ija, Abang and Adik. Gamaknya yang tersulung akan selalu membuli adik-adiknya, tapi hakikat sebenar, adik ke dua selalu membuli yang tersulung, dan yang tersulung hanya berjaya membuli yang ke empat dan ke lima dengan mudah. Ke dua bahaya sikit. Sampai berdarah-darah hidung bergaduh, huhu..confirm tak boleh lupa. yang ke tiga pun tak berapa sesuai nak buli, perempuan kan..sian lebih..hehe.. Now masing-masing dah besar panjang, everything nampak ok, bolehlah..tak pening kepala sangat).

- Hometown, Banting (the ever best town in Selangor. Spider boleh merayap-rayap ke segenap tempat tau. Serius, Banting memang best, sekarang ni semua dah ada kat Banting tu. Sebut je ape, Secret Recipe, McD, KFC, PIzza Hut, bowling, The Store, Tesco, Econsave, Juke Box, ILP, Kolej Komuniti, Maxis Centre dan semua kemudahan-kemudahan yang lain. Jangan dicari selain yang tidak ditulis di sini, contohnya Domino's pizza ke, Nando's ke, carefour ke, Jusco ke, atau apa-apalah selain yang tidak disenaraikan di sini, sebab semua tu memang belum ada lagi kat Banting, termasuklah pawagam. dulu ada sebenarnya, LIDO nama pawagam tu, tapi tahun bila ntah tak ingat LIDO ditutup. lagipun belum sesuai lagi nak bina pawagam kat Banting. Belum belum belum. baik tak payah kot).

- ex-student of UiTM (sentiasa di hatiku especially UiTM Segamat-semua pun best kat sana, sampai kan spider cam tak nak keluar je dari situ. Hehe, gila apa dah habis study pun nak stay situ lagi. Pak guard dah asyik tanya je bila spider nak habis?huhu, dah benci sangat gamaknya melihat spider merayap-rayap tak tentu pasal. Makcik dining pun best jer..tak kedekut lauk. Tau pulak tu spider makan apa. Memang makcik terror. Bilik Z0309 mana boleh lupakan. Sarang spider lah tu. 3tahun buat sarang kat situ dengan kawan-kawan yang lain yang pastinya bukan spider. Ecah, Ed dan Ida, korang rindu tak kat kenangan di sarang Z0309 tu? Semester pertama, kad outing sampai kena liquid sebab dah habis ruang nak tulis. Kalau dah namaya spider, memanglah kuat merayap-rayap. Dari beli baru, baik liquid je kad tu..jimat. Kalau outing, pergi Segamat Town, masuk Billion, masuk Fajar, masuk Up Well cari-cari barang, cuci-cuci mata, lenguh-lenguhkan kaki dan sebagainya. Banyak lagi perkara yang dah dibuat yang membuatkan UiTM Segamat tetap dalam kenangan).

Just big enough to tell something about spider. Life is simple, do not make it complicated. Whatever difficulties in front of you, tackle them in easier way. do not serabut2 ;)
Enjoy your day!

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin