Isnin, 23 Februari 2009

Mata ini.

Hari ini keadaan kesegaran mata agak memuaskan, walaupun di luar agak mendung dan redup, tapi mata spider tetap segar berbanding semalam.

Semalam yang dilalui umpama spider merayap-rayap di dalam sarangnya sendiri dan tidak jumpa jalan keluar. Dari bangun awal pagi sehinggalah balik ke rumah, mata ni cukup kelat dan ketat untuk dibuka. Satu cabaran hebat buat yang mengantuk, apabila kena involve in meeting di pejabat. Dating takpelah juga, ni meeting..adui..bercinta rasanya.. Meeting mula pukul 9pagi, break jab 10-10.15pagi, sambung balik meeting sampailah pukul 12.30tghri. Betapa siksa dan payahnya menahan kelopak mata ni dari terus tertutup dan hanyut dalam dunia spider sendiri, yang mungkin penuh dengan tali-tali halus bewarna putih, yang boleh memerangkap nyamuk-nyamuk berterbangan atau ape sahaja serangga-serangga yang berani merentasi laluan di tali-tali halus spider ini, maka akan terlekatlah badannya pada tali-tali halus putih yang pernah menjadi sejarah melindungi Nabi umat akhir zaman dari musuh Baginda. Oppps..cukup cukup. Rasanya semua tahu cerita yang juga terkandung di dalam al-Quran ini.

Go back to the exact story that want to tell erlier, menahan mata yang hampir tertutup layu ni. Akhirnya berjaya (berjaya ke sebenarnya?)mengharungi detik-detik kemengantukan tahap gaban di dalam meeting room. Harapan ingin merehat-rehatkan mata hingga balik sekali lagi tidak kesampaian apabila meeting sekali lagi diadakan oleh 2nd boss pada pukul 4petang.huhu...azabnya rasa hari ni. Ini tak termasuk lagi dengan discussion kecil dengan koordinator..al maklumlah, kerja jadi kuli kena lah ikut cakap bos-bos yang kat atas ni.. Tapi so far, diaorang ok je. Kalau tak ok, tak adalah blog ni boleh diwujudkan..hehe..tak adalah spider menulis boleh tercipta. Dalam meeting petang ni pula, mata dan kelopak mata sekali lagi mengalami keadaan yang sama, kelayuan kelopak mata yang sama seperti pagi tadi, kedegilannya untuk membuka lebih luas lagi, kelembapannya untuk dinaik atau diangkat agar menjadikan pemandangan lebih luas dan nampak segar. Adui, susah betul rasanya, dan memang sangat-sangat susah. Rasa nak keluar je dari meeting tu pun ada, tapi suka-suka je nak keluar apahal pula kan. So, ambil keputusan untuk bertahan. Guess what? The boss noticed somebody got sleepy and bored, and he suddenly said, "I do not want to explain more details because I saw Tasha like ..." then this Tasha look at her boss and just gave a small smile to be honest. Boss decided not to go further in the meeting, and thank you to this Tasha caused you made the day bright again. fuh...at last, no need to control the openess of eyes.

Tepat jam 5.42petang, melangkah keluar dari perkarangan tempat kerja ni, memulakan pemanduan untuk pulang ke sarang besar. Satu kelebihan yang tuhan bagi ialah, semengantuk mana pun mata ini, tetapi sewaktu memandu, alhamdulillah belum pernah lagi nak rasa terlelap atau berat kelopak. Automatik mata jadi celik macam biasa. Cuma bila dah berhenti lama kat 'traffic light', barulah kelopak mata rasa nak layu, berat dan sarat. Tapi bila lampu dah hijau, spider kembali boleh membuka kelopak mata dengan jayanya dan memulakan pemanduan hingga ke destinasi yang ingin dituju. Mohon dan berdoa moga tuhan kekalkan kelebihan yang dikurniakan ini. Sampai je kat rumah, lepas Maghrib pergi pasar malam dengan Ija. Teman dia nak cari sandal katanya, untuk pakai buat tolong jiran ni berniaga gerai makan. Tapi bila dah sampai pasar, satu sandal pun tak dibelinya. Tak berkenan pulak. Kalau nak tunggu berkenan gamaknya kena cari kat Mid Valley ke, Alamanda ke, Suria KLCC ke atau mana-mana shopping complex yang lain. Dah tu, tak ke buang masa ajak pergi tengok kat pasar. Adus... Yang penting malam tadi tido agak cepat. Memandangkan handset pun berdepan dengan teknikal problem, dan orang yang penuh kasih sayang pun tido cepat sebab penat dan tak berapa sihat, maka tak adalah masalah nak tido cepat juga. Maka sampai situ lah sahaja perjalanan semalam yang penuh dengan cabaran di kelopak mata, anak mata, kornea, bulu mata dan mata putih ni.

Alhamdulillah masih dapat mengecapi keindahan dunia yang tidak akan kekal ini, melainkan kehendak NYA.

1 ulasan:

wbgstories berkata...

Spider punya masalah mengantuk ni tak pernah selesai..hehe..

Blog Widget by LinkWithin