Khamis, 26 Februari 2009

Emergency Leave.

Tak pasal-pasal kena ambil emergency leave semalam. Kenapa sebabnya? Inilah bermula ceritanya...

5.15pagi
Bangun macam biasa. Awal kan bangun. Ini adalah perkara biasa bagi sesiapa sahaja yang bermastautin tetap di kawasan yang agak jauh (dalam lingkungan 45km dan ke atas) dari tempat kerjanya. Memandangkan tempat kerja kat Shah Alam dan rumah di Banting, jadi amalan bangun seawal 5.15pagi sudah menjadi kebiasaan spider (sebab tulah suka dan senang sangat nak mengantuk balik kot). Lepas bangun, kemaskan apa-apa yang patut, uruskan apa-apa yang berkenaan, siapkan apa-apa yang berkaitan dan terus pergi mandi.

6.00pagi
Biasanya nilah time mandi, dan selepas selesai semua urusan termasuk kewajiban padaNYA, teruslah bersiap-siap ke tempat kerja.

6.20pagi
Ini adalah waktu standard spider bersiap-siap tak termasuk touch up2 (bedak je pun).

6.40pagi
Tepat jam di atas, memang selalunya and Insyaallah dah siap semua, tinggal nak start enjin kereta je.

Oklah, bila dah masukkan semua barang dalam kereta, terus lah nak hidupkan enjin, tapi start punya start, enjin kereta tak mahu hidup...aduh...(dalam hati: nape lak kereta ni, semalam Angah bawa elok, arini pehal pulak..). Terus saja berlari-lari anak mengejutkan si Angah dengan harapan dia bangun dan dapat menghidupkan enjin kereta wira dia tu.

6.45pagi
Angah pun cuba dan terus mencuba beberapa kali, tapi gagal juga. Dia panggil sepupu yang dekat rumah ni minta tolong tengokkan sekali sekaligus juga mengharap yang dia mampu tolong. Dia pun datang tengok-tengok, cuba-cuba tak boleh gak. Huhu..(dalam hati: macamana nak pergi kerja ni..)

6.55pagi
Memandangkan kereta masih tak boleh dihidupkan dan akhirnya Angah kata "bateri dah weak ni. Nak pergi kerja tak? Kalau nak kitaorang (dia and cousin td) tolakkan. Tapi balik nanti kenalah panggil sesapa minta tolong tolak juga, baru boleh start enjin." hmmm...(fikir dulu lagi).
"Nak minta tolong siapa lak nanti?" Angah kata "pak guard ada, suruh lah tolong kejab." Fikir punya fikir, malaslah nak suruh sapa-sapa tolong tolak. Kalau confirm tolak boleh hidup enjinnya takpe, buatnya tolak-tolak tak boleh juga start ejin, macamana pula tu? Siapa nak tolong lagi? Lecehlah. So at last, jam pun sudah menunjukkan pukul 7.00pagi Hari pun sudah nampak terang, terus je kata tak payahlah pergi kerja, emergency leave jelah hari ini. So, terus sms pada koordinator kat office, bagitahu yang kereta breakdown. Nak betulakn pun kena tunggu si Angah ni balik kerja. Kalau tak, mana lah tau nak betulkan atau hantar kat mana-mana workshop. Memang tak pernah ambil tau pun sebelum ni..(dalam hati: kalau tahu betulkan sendirikan ke senang dah hidup). Itulah sebab mengapa ambil emergency leave semalam.

Memang emergency lah nikan. Bukan tipu-tipu atau saja-saja. Sesungguhnya kerja tu lagi best dari duduk rumah, melainkan kalau kat rumah takde kerja-kerja lain yang hendak dibuat selain tido, rehat dan manja-manja dengan wan (grandma ok). Alright, chow!

2 ulasan:

sEmut berkata...

ah alasan..

redspider crystal berkata...

sEmut-kau mmg nak kena pijak kan

Blog Widget by LinkWithin