Isnin, 16 Februari 2009

Rindu Terubat.




Kawan rapat yang betul-betul rapat, melekat, gamat, hangat, bangat turun Selangor. Aduh...percaya tak percaya setahun gak lah tak jumpa. Selama ni pun sms, call, sms, call. tupun bila credit cukup.

LIZA ajak tengok wayang kat Jusco Bukit Tinggi Klang, dia belanja. Alhamdulillah, moga bertambah murah lah rezeki Liza ye. Beli tiket cerita Eden Lake, start movie pukul 8.00 malam. Rasa lapar lak, beli popcorn dulu, pastu masuk panggung. Crita ni 18SG yer..abang kaunter tiket tu siap tanya lagi, dah 18 tahun ke ni? Spider dan Liza nampak cam budak-budak kot (memang adalah sikit, comei2 tu, hehe)...tapi hakikatnya, dah boleh jadi mak budak pun.

Eden Lake - Thriller story, mengisahkan sepasang kekasih pergi bercuti ke satu tempat yang bernama Eden Lake, sambil dengan niat si lelaki(Steve) ingin melamar kekasih hatinya di situ. konflik cerita bermula selepas pasangan kekasih ini diganggu oleh 6 orang pelajar awal belasan tahun yang memang sangat suka mengganggu gugat ketenteraman orang kampung. Senang cerita gangster lah ni. 5boys and a girl. Bermula dengan jeep Steve dicuri, dan usaha untuk mendapatkan semula kunci jeep serta barang-barang berharga yang lain (wallet, Ray Ban spec and handfone. Tapi yang penting kunci jeep tulah), berlaku sedikit pergelutan antara Steve dan ketua gangster (teenager juga). Tak pasal-pasal salah seorang group dia ni keluarkan pisau, dan nak dijadikan cerita pisau tersebut dapat dirampas oleh Steve, dan dalam usaha melepaskan diri dari pergelutan, pisau tersebut tertikam anjing kesayangan group tu, dan dari sini bermulalah dendam kesumat dalam hati budak-budak ni. Pemburuan bermula dan Steve and his girlfriend berhadapan dengan peristiwa hitam lagi ngeri dalam hidup mereka...nak tahu selanjutnya, silalah pergi ke pawagam-pawagam yang berdekatan. At the beginning, cerita ni agak slow, tapi dah masuk CD 2, cerita dah ok dan agak suspen...sedih, geram, hiba semua ada bila tengok plot by plot. Tapi...emmmm, ada tapinya.. Ending of the story tu memang tak puas hati giler...nak tau pergilah tengok sendiri juga ye..I'm sori!(pinjam tagline Amir Raja Lawak Musim ke 3 ni).

Habis tengok wayang, balik umah dengan Liza, and pagi tadi keluar sama-sama, pergi breakfast dulu sama-sama kat Seksyen 2, lepas tu 'bf' dia datang sebab dia yang akan hantar Liza ke Stesyen Bas Seksyen 17. Spider meninggalkan Liza dengan penuh rasa sebak di dada. Jumpa cuma sekejab waktu, memang tak puas, tapi apakan daya...nanti ada rezeki lebih, spider nak merayap-rayap buat sarang kat JB tempat Liza pulak. 2hari pun jadilah. OK gak tu.

I'll miss you again...

1 ulasan:

itsmenurul berkata...

adakah nie tasha punya blog?

Blog Widget by LinkWithin