Selasa, 24 Mac 2009

Minyak Kereta Habis Pula!

Malam tadi :
Abah bawa Myvi untuk hantar Nazri pergi mengaji. Sampai sahaja di rumah, abah beritahu kat spider, "minyak dah berkelip, baru berkelip", spider jawab, "OK".

Pagi ini :
Keluar rumah macam biasa ke tempat kerja. Hantar dulu cousin ke sekolah sebab kereta ayah dia kat workshop. Sampai kat S.M.K. Banting, turunkan dia dan 2 orang lagi anak jiran yang ikut tumpang.

Sambung semula perjalanan ke Shah Alam. Dalam hati dah berkira-kira, 'nak isi minyak kat Shell Shah Alam lah. Sempat rasanya ni.' Maka spider pun meneruskan lah lagi perjalanan tanpa menoleh ke arah stesyen-stesyen minyak yang lain.

Sambil memandu, terfikir juga macam ni, 'kalaulah minyak habis tengah jalan, nak buat macama ye..'. Tapi pada waktu yang sama, tiba-tiba terfikir, 'rasanya sempat ni'. Bila hati dah berbisik macam tu, perjalanan pun diteruskan lagi tanpa berhenti di mana-mana stesyen minyak. Sebab dari awal dah set nak isi kat Shell Shah Alam.

Sampai kat Klang, hati sudah semakin lega sebab yelah, dah nak sampai Shah Alam kan. Tapi waktu tu, memang sejujurnya sekali lagi terfikir sekiranya kereta mati tengah-tengah jem kat bandar Klang tu. What should I do? Lepas tu hati ni berkata lagi, 'ish, kenapa asyik fikir minyak habis je ni, sempatlah, sempatlah hendaknya.' 'Tapi kalau tak sempat macamana?' 'ish, tak lah, sempat punya.' Betul-betul lah spider menyedapkan hati sendiri, sebab pagi tadi memang jem teruk kat Klang tu (sebenarnya hari-hari pun teruk gak).

Maka teruskan lah juga memandu sambil dalam hati turut berdoa pada Yang Maha Esa supaya izinkanlah spider sampai di Shell Shah Alam sebelum minyak dalam tangki kereta ni habis. Tiba-tiba, betul-betul dekat selekoh bawah jambatan yang jem gila tu, Myvi ni betul-betul habis minyak dan mati terus kat situ. Try start balik tapi memang sah dah tak boleh. Tahulah spider bahawa apa yang bermain-main di fikiran tadi telah betul-betul terjadi. KERETA MATI SEBAB MINYAK HABIS DALAM JEM.

Memandangkan waktu tu tak sampai 5minit pun lagi nak pukul8.00pagi, spider terus je cabut kunci, keluar dari kereta dan kunci balik, lalu terus menapak mencari-cari polis traffic yang sedang mengawal lalulintas kenderaan kat situ.

Ternampak dua orang polis dari jauh, dan terus je spider menuju ke arah mereka. Bila sampai je dekat, spider ternampak lambang kat uniform baju putih tu, lambang yang lain dari polis traffic. Spider pun tengok lagi betul-betul, dan, ooo...rupanya abang berdua ni bukan polis. Jaga bangunan bank kat situ. Adui..nasiblah tak sempat buka mulut, spider dah perasan yang tu bukan polis, kalau tak malunya..Diaorang ni pun uniform putih dah macam polis, lepas tu pergi pakai lagi baju yang ada glow warna hijau yang memang polis selalu pakai tu juga. Tu lah yang buat spider confuse.

Bila dah tahu yang tu bukan polis, spider terus lagi merayap laju-laju mencari polis traffic yang sebenar. Ok, jumpa alhamdulillah. Terus cakap kat polis traffic tu, "encik boleh tolong tak, kereta saya mati kat sana (menunjukkan arah tempat kereta spider yang tersadai tu). Polis traffic tu pun cakap, "kena tolak tepi tu." Spider jawab, "saya tahu, tapi saya sorang." Polis tu cakap lagi, "saya tahu awak sorang, jom saya tolong tolak." Dalam hati spider 'alhamdulillah, ingat nak suruh spider tolak sorang-sorang tadi, fuh!' Sempat lagi polis ni cakap, 'awak nak jalan kenapa lah tak isi minyak awal-awal.' Adui...kena gak sound. Tapi nasiblah muka dia senyum je. Tapi kalau dia masam pun, spider senyap jelah. Mana boleh nak marah-marah pula balik, dahlah nak minta tolong kat dia..huhu..pastu dah memang salah sendiri..hmm...terima. Spider pun sempat gak balas balik, "ingatkan tadi sempat encik nak sampai." Polis tu senyum je lagi. Mesti dia lagi masak dengan jawapan-jawapan yang macam ni kan.

Sampai je kat tempat kereta spider yang tersadai tu, polis suruh masuk dalam kereta control stering, dia tolak. Memang berjaya menolak sampai ke tepi jalan. Thank you so much to encik polis ni.

So, spider terus je lock kereta and terus lagi merayap-rayap dengan lajunya pergi ke stesyen minyak yang berhampiran. Nasib jugalah stesyen yang dekat memang ada. Thank you gak pada BHP sebab bina petrol pam kat situ. Sambil lap-lap peluh di dai, spider tanya kat uncle yang jaga pam, "uncle, mau beli petrol. Kereta saya sudah mati kat sana." uncle tu jawab, "OK OK." Spider tanya lagi berapa ringgit nak kena beli uncle?" yelah, spider memang tak tahu nak estimate sebab belum pernah lagi beli minyak macam ni. Uncle yang baik tu pun jawab balik, "tak payah tak payah, free saje. Ikut saya sini." Spider mula kebingungan, tapi terus gak ikut langkah uncle tu sambil bercakap dalam hati, 'aik, free ke, baik nya uncle ni..ni kedai dia kot, agaknya sian kat spider ni, peluh-peluh sampai sini, kereta mati tengah jalan..baik uncle ni..susah nak dapat minyak free..tapi..eh..kenapa kat sini..la..patutlahh..' "eh, uncle! Saya mahu beli itu minyak petrol, itu minyak, bukan botol minyak." Patutlah dia kata free. Uncle tu pun jawab kat spider, "saya tau you mahu beli itu petrol, tapi ini bagi isi you punya minyak. You mana ada botol kan?" Lalu spider pun hanya mampu tersengih macam ala-ala malu tersipu-sipu. Oh, rupanya spider yang blur, bukan uncle ni. Uncle ni pun masukkan lah minyak dalam botol minyak kosong 3liter, dan suruh spider bayar RM5 kat kaunter. Thank you uncle!

Dah dapat minyak, spider pun terus lah menuju ke tempat kereta dengan lajunya, nak kejar masa. Harap sangat spider sempat swept kad sebelum 8.30pagi. Sampai sahaja dekat kereta, terus buka penutup tangki, dan terus mengisi petrol. Selesai mengisi, start balik enjin, dan terus memulakan kembali perjalanan. Tapi spider sempat lah juga singgah semula kat BHP tu, isi lagi RM10, nak isi banyak lagi takut dah tak sempat. Time ni dah pukul 8.15. Lagi 15minit je lagi sebelum terlambat swept kad.

Akhirnya sampai juga kat ofis, dan swept kad tepat pukul 8.25pagi. Rasanya jam kad mesin swept ni lewat 5minit dari jam spider, takpelah, bagus juga. Alhamdulillah.

Moral of the story: Kalau minyak dah berkelip-kelip tu tolonglah pergi isi minyak.

Pesanan penaja dari Farah : Silalah kayakan petrol pam orang Banting, kenapa perlu nak kayakan tauke petrol pam Shah Alam?
spider : Ntahlah Farah, suka pula rasanya nak isi kat Shell Shah Alam ni.Lepas ni spider akan pastikan spider tolong kaya kan tauke petrol pam kat area Banting dulu. TQ!

Pesanan penaja dari Kak Siti : Malas nak pesan apa-apa dah, rasanya dah banyak kali pesan.
spider : OK kak, lain kali spider dengar pesan akak tu.TQ!

Pesanan penaja dari orang yang penuh kasih sayang : Padan muka, Tak nak dengar orang cakap, kan dah kena.
spider : huuuuaaarggghhh...kejam sungguh!tq...

3 ulasan:

sEmut berkata...

biasela pompuan..

redspider crystal berkata...

alah, lelaki pun ada je kereta tersadai sebab minyak habis..
sama je lah..

Tanpa Nama berkata...

Boss saya nak minta tolong boleh ke sbb minyak habis nie no wasap saya 01133789110

Blog Widget by LinkWithin