Malam tadi dapat ceramah free-free selama hampir sejam (yeke..rasa cam lebih je). Adalah pesanan-pesanan berguna yang rasanya boleh juga syer dengan yang lain. Selebihnya yang tak sesuai, spider simpan sendiri. Bacalah pesanan kat bawah ni untuk renungan bersama. Memandangkan penceramah ni selalu cakap ingat, ingat, ingat, so nak bagi tajuk 'Ingat' pada pesanan kat bawah ni.
"Ingat,
Kita dah besar, bukan budak-budak lagi,
Fikir dalam-dalam, elok-elok, jangan asyik nak main-main,
Tak akan ke mana nanti, tak akan pergi jauh,
Di sini dan macam inilah sahaja keadaannya.
Ingat,
Jangan tinggal solat, jangan lupa solat,
Kita minta apa-apa pun dengan DIA,
Sebelum nak tidur pergi ambil wudhu', pergi solat dulu,
Kalau kita lupa DIA, macamana hendak minta apa-apa.
Ingat,
Jangan buat bukan-bukan, benda-benda yang tidak patut,
Jangan sampai ibu bapa kita susah hati pasal kita,
Bina semangat dalam diri untuk perjalanan masa depan,
Insyaallah semua yang dirancang berjalan lancar.
Ingat,
Jangan main-mainkan perasaan orang,
Sekali orang terluka, akan ingat sampai bila-bila,
Jangan jadi macam kacang lupakan kulit, tak kenang budi,
Sudah dibantu, ditolong, tapi akhirnya tak pernah bersyukur.
Ingat,
Dalam hidup ni kebahagiaan lagi penting dari wang ringgit,
Biar hidup sederhana, tidak terlalu kaya, tapi tidak juga meminta-minta,
Yang penting dalam diri ada kebahagian, keihklasan dan kejujuran,
Kasih sayang yang telus dan tepat dapat menentukan segalanya.
Dengan kebahagiaan yang ada, perjalanan hidup lebih bermakna,
Hari-hari berlalu seperti tidak terasa,
Begitulah indahnya di jiwa jika kita sentiasa tidak lupa,
Pada MAHA KAYA, sesama manusia dan makhluk semesta.
Orang yang bagi ceramah ni taklah bagi ceramah dalam bentuk seperti yang ditulis di atas. Penceramah tu cakap biasa je. Spider touchup sikit-sikit isi-isi ceramah yang dibaginya, so jadilah macam kat atas ni. Bukan apa, untuk renungan bersama. Mengingati sesama manusia tukan tanggungjawab.
Thank you pada penceramah yang penuh dengan kasih sayang ni atas kesudian memberi peringatan-peringatan di atas. Memang semua nampak biasa, tapi kadang-kadang manusia lupa. Dah memang itu sifat azalinya. Ingat ingat dan beringatlah.
Rabu, 11 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
sape penceramah tu sha?
orang yang penuh kasih sayang..hehe..
nanti kawin dila insyaallah penceramah tu ada sekali.
Catat Ulasan