Jumaat, 13 Mac 2009

Ada Kerja.

Hari yang sangat sibuk (13/3/2009-Jumaat).
Tak sempat nak tulis apa dah. Ni je lah yang sempat pun.
Take care everyone...

Rabu, 11 Mac 2009

Kena Ceramah.

Malam tadi dapat ceramah free-free selama hampir sejam (yeke..rasa cam lebih je). Adalah pesanan-pesanan berguna yang rasanya boleh juga syer dengan yang lain. Selebihnya yang tak sesuai, spider simpan sendiri. Bacalah pesanan kat bawah ni untuk renungan bersama. Memandangkan penceramah ni selalu cakap ingat, ingat, ingat, so nak bagi tajuk 'Ingat' pada pesanan kat bawah ni.

"Ingat,
Kita dah besar, bukan budak-budak lagi,
Fikir dalam-dalam, elok-elok, jangan asyik nak main-main,
Tak akan ke mana nanti, tak akan pergi jauh,
Di sini dan macam inilah sahaja keadaannya.

Ingat,
Jangan tinggal solat, jangan lupa solat,
Kita minta apa-apa pun dengan DIA,
Sebelum nak tidur pergi ambil wudhu', pergi solat dulu,
Kalau kita lupa DIA, macamana hendak minta apa-apa.

Ingat,
Jangan buat bukan-bukan, benda-benda yang tidak patut,
Jangan sampai ibu bapa kita susah hati pasal kita,
Bina semangat dalam diri untuk perjalanan masa depan,
Insyaallah semua yang dirancang berjalan lancar.

Ingat,
Jangan main-mainkan perasaan orang,
Sekali orang terluka, akan ingat sampai bila-bila,
Jangan jadi macam kacang lupakan kulit, tak kenang budi,
Sudah dibantu, ditolong, tapi akhirnya tak pernah bersyukur.

Ingat,
Dalam hidup ni kebahagiaan lagi penting dari wang ringgit,
Biar hidup sederhana, tidak terlalu kaya, tapi tidak juga meminta-minta,
Yang penting dalam diri ada kebahagian, keihklasan dan kejujuran,
Kasih sayang yang telus dan tepat dapat menentukan segalanya.

Dengan kebahagiaan yang ada, perjalanan hidup lebih bermakna,
Hari-hari berlalu seperti tidak terasa,
Begitulah indahnya di jiwa jika kita sentiasa tidak lupa,
Pada MAHA KAYA, sesama manusia dan makhluk semesta.

Orang yang bagi ceramah ni taklah bagi ceramah dalam bentuk seperti yang ditulis di atas. Penceramah tu cakap biasa je. Spider touchup sikit-sikit isi-isi ceramah yang dibaginya, so jadilah macam kat atas ni. Bukan apa, untuk renungan bersama. Mengingati sesama manusia tukan tanggungjawab.

Thank you pada penceramah yang penuh dengan kasih sayang ni atas kesudian memberi peringatan-peringatan di atas. Memang semua nampak biasa, tapi kadang-kadang manusia lupa. Dah memang itu sifat azalinya. Ingat ingat dan beringatlah.

Selasa, 10 Mac 2009

Hal Wira Lagi.

Hari ini sejarah tercipta apabila mengalami sendiri kereta mati tengah jalan. Dari rumah dah elok gerak pergi kerja tepat jam 6.30pagi, dengan harapan dapat mengelakkan kesesakan yang teramat sangat di Federal Highway tu. Lalu kereta Wira putih kepunyaan Angah pun dipecut secara sederhana dan penuh berhati-hati. Oh, kereta ni bukan sahaja kepunyaan dia, malah juga menjadi kesayangan dia. Maklumlah, penat bayar bulan-bulankan. Spider tukang lanyak je..Sori ye Angah, pinjam dulu buat masa ni.

So, lebih kurang pukul 7.05pagi, sampai lah dekat Telok Panglima Garang. Bila dah semakin nak dekat dengan traffic light depan NEC tu, kereta tiba-tiba meragam, breakdown. Mujurlah time tu memandu kat kiri jalan. Kebetulan ada pula tanah lebih sikit kat bahu jalan, jadi sempatlah parking kereta tu elok-elok, ngam-ngam kat tanah tepi tu. Tidaklah mengganggu laluan kereta lain.

Terus je call si Angah, "Angah, kereta kau ni mati. Sekarang kat depan NEC..macamaneni? Nak pergi kerja camne? Nape kereta kau ni mati lak? Apa lagi yang tak betulnya? Hari tu baru je betulkan..adui.." Em, camtulah bila dah rasa diri bakal kelam kabut untuk pergi ke tempat kerja hari ni. Angah pun menjawab, "nak buat camne, dah nak rosak. Naik bas lah dulu pergi tempat kerja." Sebenarnya jawapan ni dah memang sedia maklum, cuma saja je tanya dia lagi, yelah, manalah tau kot-kot dia baik hati nak hantarkan guna kereta sesapa lak..huhu.. Sudahnya jawab balik kat dia, "oklah, kunci tak tinggal tau. Nak amik nanti datang Shah Alam." So, bila dah kunci kereta tu elok-elok, menapak lah sikit ke depan lagi untuk pergi bus stop.

Tunggu punya tunggu, pukul 7.20pagi baru bas ke Klang sampai. Faham-faham jelah kalau dah namanya bas, confirm berhenti-berhenti. Mula memikirkan untuk sms kat bos (kredit tinggal sikit nak call), bagitahu yang harini lambat, kereta buat hal. Akhirnya sampai kat pekan Klang pukul 7.55pagi. Terus je merayap laju-laju menuju ke tempat bas Seranas iaitu bas yang akan membawa spider ke Shah Alam. Tapi pelik, kenapa kat tempat biasa bas Seranas ni, satu bas Seranas pun tak ada. Dahnya, macam mana nak pergi Shah Alam? Terpaksalah berpatah balik pergi tanya dekat pakcik yang jaga bas Wawasan Sutera untuk tanyakan mamakah bas-bas Seranas ini pergi. pak cik tu pun menjawab "Oh, Seranas dah pindah kat belakang sana." Huh, terpaksalah merayap lagi laju-laju untuk kejar masa. Kalau boleh tak naklah lewat sangat sampai ofis nanti.

Sekarang dah dapat naik bas Seranas. Tiket dah naik 0.30sen. Dulu 0.50sen je, sekarang dah 0.80sen. Bayar jelah kat konduktor tu sambil berdoa "cepatlah kau gerak bas". Akhirnya bas pun gerak gak dalam pukul 8.10pagi. Dah dalam bas tu, mula fikir macam mana nak pergi ke ofis bila dah sampai PKNS nanti ye? Bukan ada bas masuk kawasan tu. Camne yer..fikir punya fikir, tiba-tiba kak Siti sms, tanya 'cuti lagi ke?'. Terus je reply 'tak kak. Kereta rosak. Nak minta jasa baik akak amik kat PKNS.' Elok je sms tu dihantar, Farah lak call, "Cuti ke?" jawab balik, "taklah, kereta rosak kat jalan. Dalam bas ni. Lambat sikit. Sori, bukan tak nak inform, cuma memang agak kelam kabut sikit pagi tadi." Selesai je bercakap dengan Farah, kak Siti call balik, tanya dah sampai mana. Time tu kat depan UNISEL. Sampai je kt PKNS, kak Siti pun ngam-ngam sampai. Naik je kereta, terus dia memecut ke ofis. Swept kad tepat jam 9.02pagi. Lewat 32minit..huhu..

Sabar jelah pengalaman kereta rosak macam ni. Apepun, nak say THANK YOU kat akak Siti yang sudi nak ambil kt PKNS, and THANK YOU tu Farah yang sentiasa ambil berat..kak Siti pun caring jugak...time kasih..cayang u all...

Esok belum sedia lagi nak naik wira. Biarlah pinjam Myvi Ija dulu. Tak nak dah rasanya pengalaman macam pagi ni. So, moral of the story, cepat-cepatlah beli kereta sendiri ye spider...jangan pandai buat sarang je. Sekian dulu untuk hari ini.

Isnin, 9 Mac 2009

Tengok Izz.

Pagi-pagi lagi Ija(adik) dah gerak suruh bangun, siapkan semua kerja-kerja rumah sebab dia dah plan nak pergi Bandar Sri Permaisuri, Cheras nak tengok Muhamad Izz Rayyan..Post yang sebelum salah lak eja nama Izz ye..Sori Izz..tak tahulah pula Atan and Amlah ni wat spelling cam gitu. Tak kisahlahkan, janji ada bunyi Izz tu kan.

Haruslah kena bangun pagi-pagi dan 'menyetelkan' semua kerja-kerja di rumah, kalau tak...free free lah dapat dengar siaran radio Bantingfm. Tak sanggup.. So, bila dah siap semua urusan kat rumah, pukul11pagi lebih kurang, bertolak terus ke Cheras.

Sampai sana, punyalah 'epi' sebab dapat juga tengok Izz kan. Izz pun nampak sihat je.. Alhamdulillah. Ija and spider pun belek-belek lah muka Izz ni sebab nak tengok banyak duplicate muka siapa..maknya ke, ayahnya ke, atau auntie2nya ke, atau uncle2nya ke? Tapi tak tahulah nak kata muka siapa yang iras, semua part macam ada yang iras-iras dengan orang tu, orang ni. Senang cerita, Izz ni muka Izz lah ye.

p/s: Next time upload gambar Izz.

Rabu, 4 Mac 2009

Rakan Kerja.

Tak ada cerita, cuma nak showing gambar bersama officemate, yang mempunyai pelbagai ragam dan gelagat.

Kawan-kawan ofis bersama bos besar SPVEA dari Sweden, Martin.


In meeting room, tapi action je lebih ni, meeting belum start pun.


Kawan-kawan ofis juga, dengan off shoring trainer Adisa, dari Sweden juga.


Nak juga masukkan foto-foto dengan kawan-kawan lama kat POS dulu, tapi at the moment, belum ada sources yang membolehkan foto-foto tersebut diupload terus ke blog ni. So tak apalah, next time sure gambar kawan-kawan POS pun ada kat blog ni.


Have a nice day!


Selasa, 3 Mac 2009

New Nephew.

Tak sempat nak update blog 2,3 ni. Kerja dah mula Q-up. Tunggu turn je nak dibereskan. Kali ini cuma nak cerita yang spider dah dapat nephew pertama dari cousin from my abah side. Tahniah buat Atan and Amlah yang baru dapat baby boy, your 1st baby.

So, Ahad lepas pergi HUKM bersama dengan orang yang penuh kasih sayang melawat Amlah and her baby. Namanya Mohd Izryan bin Umar Razak.. Selamat dilahirkan di HUKM dan seberat 3.1kg sewaktu dilahirkan ke muka bumi ini. 1 thing yang bestnya tentang kelahiran Mohd Izryan ni (panggil Iz bolehlah ye Atan..), tarikh lahirnya boleh lak sama dengan tarikh lahir grandma nya (mak Atan a.k.a maklang) iaitu pada 28.2.2009 bersamaan hari Sabtu yang lepas, tepat jam 0740pagi. Memang sengaja je Iz nak sama dengan nenek Iz ye.. Sebab mama Iz (Amlah) dah sakit selama 16jam dalam operation theater tukan. Dari hari Sabtu mama Iz dah sakit. Iz je taknak keluar lagi. rupanya nak sama birthday dengan nenek dia.

Tak kisahlah kan Iz, asalkan Iz and mama selamat menempuh cabaran-cabaran getir selama beberapa jam di bilik pembedahan tu. Oh ye, lupa nak bagitahu, Amlah kena operated because Iz tak nak keluar secara normal :), Iz ni taklah besar sangat, tapi mama dia kecik agaknya, so tak cukup ruang tuk Iz keluar secara normal. Apepun Alhamdulillah, everything OK kan Amlah and Atan. You all dah jadi papa and mama. Walaupun Iz terpaksa dimasukkan ke ICU kerana mengalami sedikit bengkak di kulit kepala, tapi the latest news from Atan, Iz akan keluar dari hospital within this week. Alhamdulillah lagi sekali.

Sebenarnya spider pun belum tengok lagi Mohd Izryan ni macamana rupanya secara live. Time melawat tu Iz kat dalam ICU lagi, so jumpa mama dia jelah and papa dia. Tapi dah tengok gambar Iz dalam handphone papa Iz tau..comel semestinya. Tapi tak pasti banyak duplicate muka siapa. Amlah ke Atan ke. Nanti ada kelapangan nak pergi tengok Iz kat rumah ok. So, boleh tau Iz banyak ikut muka siapa ye.. Allright, Itu sahaja nak cerita kali ni. For Amlah, wish you getting well soon and for Iz, don't be notty ya..

Ahad, 1 Mac 2009

Sedih dan Gembira

Sesuatu yang indah pasti tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Begitu juga jika melalui saat-saat duka dan pilu, perasaan yang terpendam di dalam hati pasti juga, tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Namun sebagai manusia dan fitrahnya alam, apa jua yang terjadi dan berlaku pasti ada hikmah dan sebab-musabab yang hanya diketahui oleh yang MAHA ESA. Jika hari ini engkau gembira, kecapilah kegembiraan itu dengan penuh rasa syukur. Namun perlu diingat, tidak semestinya kegembiraan itu akan berpanjangan. Jika hari ini engkau derita merintih kesedihan dan kepiluan, terimalah semua itu dengan penuh kesabaran, sesungguhnya di sebalik kepayahan yang diturunkan, memberi seribu ruang pada kita untuk membaiki diri. Percayalah bahawa DIA MAHA ADIL. Tiada satu kepayahan pun yang akan diturunkan pada kita melainkan kepayahan itu dapat ditempuhi dengan penuh sabar.

Ketika matahari tidak lagi panas seperti yang diharapkan, lalu hujan mencurah diri di bumi, hati dan jiwa pasti merintih. Segala rasa hanya di sudut kepiluan, di sudut kehampaan, di sudut kehancuran dan kesedihan. Hanya air mata dan memori semalam yang menjadi peneman. Jika kesorangan, satu persatu akan terungkai dalam kotak lipatan, lalu menjadi penghiris luka yang telah ada. Ya, penaman dan penghiris luka. Sememangnya sangat sukar digambarkan. Hanya yang pernah melalui dapat merasakan perit dan jerihnya. Mungkin...(sendiri dah pernah alami ke?)

Tapi percayalah, DIA pasti akan membayar segala kesabaran dan keperitan yang dialami. Asal sahaja kita sabar dan tidak lupa untuk meminta pertolongannya. Kini, jika diturunkan kegembiraan yang kita tidak pernah impikan. Kegembiraan yang cukup membuat hati dan perasaan berbunga ceria. Sesekali jangan pula dialpa untuk memanjat kesyukuran pada yang mengizinkannya terjadi. Inilah mungkin hadiah dari berkat kesabaran dan kepayahan yang dilalui pada hari semalam. Harga air mata yang tumpah di waktu keseorangan. Bayaran bagi setiap tusukan yang terasa di dalam hati suatu ketika dulu. Juga hadiah yang tidak ternilai bagi setiap kemenangan sewaktu berperang dengan perasaan. Maka bersyukurlah dengan setiap apa yang terjadi, kerana sesungguhnya ada kurniaan yang lebih baik dariNYA menanti buat kita, yang dapat menempuhi kesukaran dan kesedihan hidup ini dengan sabar dan tabah. Ya, kurniaan yang lebih baik dan terbaik buat kita.

Ini untuk renungan spider sendiri dan juga kawan-kawan. Tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang mati melainkan yang pernah mengalami ujian kesedihan seperti yang digambarkan ini. ;)
Blog Widget by LinkWithin