Ahad, 14 Jun 2009

Farah's Birthday Party

11/6/2009 yang lepas, Farah genap berumur 25tahun yer...
SELAMAT HARI LAHIR FARAH...MAY GOD BLESS YOU...
13/6 Farah buat bithday party kat rumah die dengan bertemakan 'childish'...
Apelagi, semua pun macam budak2 gak perangai...sesuai lah tu..
layanlah gambar sekitar party tu ye..tak banyak sangat..kamera dari farah blm upload lagi.Bila dah upload nanti, spider letak lagi gambar kat sini k..tengok ye korang...



Thank you kat Farah yang sudi buat makan-makan free ni...Kenyang giler petang tu..semua pun sedap..TQ TQ..tahun depan buat lagi yer.

Al-fatihah Untuk Atuk Artdpie

Al-fatihah kepada arwah atuk Artdpie yang telah kembali ke rahmatullah di Mekah semasa menunaikan umrah baru2 ini. Moga roh beliau dicucuri rahmat...

(Maaf nama dan tarikh sebenar pemergian belum dapat tahu dari artdpie...waktu ni artdpie telah odw balik muar untuk kenduri tahlil)

Rabu, 10 Jun 2009

Kisah Terjatuh.

Hari tu ada berborak dengan Farah, dia kata dia terjatuh kat KL time shopping kain tuk raya (dia pun excited nak prepare tuk raya kan). Lepas tu teringatlah pengalaman sendiri tentang terjatuh ni. tapi yang paling memalukan, tak boleh lupa punya, nak cerita dengan semua orang, spider terjatuh time pergi sure heboh(time ni sure heboh lagi)kat seksyen13 S.Alam ni. kalau tak silap tahun 2005-2006

Time tu pergi 2 kereta, sepupu-sepupu and adik-adik. Tapi perempuannya spider, ija(adik) and ika(sepupu) je. kitaorang pun jalanler sama-sama pegang tangan lagi tau. Yang adik-adik n sepupu2 lelaki ni jalan kat belakang kitaorang bertiga. Disebabkan firstime nak pergi tengok sure heboh ni, punyalah excited kan berjalan kan, tak tengok orang sangat pun, yang tau nak tengok gerai-gerai kat dalam tu. Orang punyalah ramai, berhimpit-himpit gaklah sebab haritu ada konsert.

So, tengah syok syok berjalan nak masuk ke dalam area gerai-gerai tu, tak semena-mena boleh lak mata ni tak tengok bawah, mata ni terus shoot depan jer(arah gerai-gerai yang dah tak berapa jauh je lagi), tiba-tibakan, rasa kaki kanan ni di awang-awangan jab, and terus landing, lurus je kaki ni landing tau, dengan keadaan kaki kiri yg sebelah lagi macam orang menyangkung tu(dapat imagine tak?). Rupa-rupanya kaki kanan ni dah termasuk kat lubang longkang yang penutupnya dah patah satu besi...adus mak...bila tersedar tukan...malunya kan..tak boleh nak kata...dahlah keliling penuh dengan orang lalu lalang, ada yg jalan sorang2, jalan denagn couple masing2, jalan dengan family, dengan orang2 yang menjual-jual kat gerai2 tu lagi, dengan budak-budak kecik yang memang confirm gelakkan, termasuklah si jantan-jantan keberet yang datang sama-sama 2 kereta tadikan..diaorang buat apa tau...diaorang baik jer..tak gelakkan pun, sengih-sengih jew gitu-gitu, tapi langsung tak tolong, tak kisah pun sangat, yang penting tak gelakkan OK..Terpinga-pinga gaklah jab dalam 3saat tengok reaksi orang keliling, pastu ika terus tarik tangan spider tuk naik ats balik. Adui, time ni rasa nak masukkan kaki kiri tu je lagi sebelah dalam longkang tu, biar cangkung terus dalam longkang tu...malu giler orang tengok muka yang comei ni (comei lah kan..bolehkan..)jatuh longkang. Adui...Nasib gak baik sebab kedalaman longkang tu sama panjang dengan kaki spider OK. Sebab tu kaki yang termasuk dalam longkang ni boleh jatuh lurus dan bontot lak lagi seinci jer rasanya nak terduduk kat jeriji yang tutup longkang tu. eee...memang malu kalau ingat balik. Dahlah pakai seluar putih time tu, adui...nasib jugalah tak kena kotoran ape2 kat jeriji tu..dan lagi bernasib baik sebab longkang tu tak ade air. Nasib kan. Nilah jatuh yang paling malu and ditonton oleh orang ramai secara percuma.

Bila dah naik balik kan, muka ni trylah buat selamba bodoh tau. Tapi boleh lak abang-abang yang jual kat gerai-gerai tu cakap "meh sini minum dulu kak long, sian jatuh longkang.." Dalam hati spider kan '#@$!*!@&#, gelak ye...takpe2, control cun control cun..'buat gak muka selamber tak tau, tak tau. Jalan lah juga wat bodoh...Ika dengan ija ni memang nak tahan gelak je time tu tengok gelagat yang terjatuh ni, huhu.. sabar sabar. Biarlah orang-orang tu gelakkan,biar2, wat tak nampak..tapi memang nampak tau..nampak orang gelakkan kat spider..dah tu nak buat macamana, benda dah nak jadi..terima je lah kan.

Isnin, 8 Jun 2009

Hantar Kain Tepi Jalan

Hari Sabtu baru-baru ini dah janji dengan tailor (nama dia Adi) nak jumpa dia, nak bagi kain kat dia untuk raya nanti(excited tak spider nak raya tahun ni?). Tahun ni memang excited OK, yelah, first time nak raya dengan orang yang penuh kasih sayang sebagai sepasang ehem2...haha...ngada2 lak spider kan...ni belum kawin lagi ni, kalau dah kawin tak taulah excited macam manakan..(gatal jab ye). Tahun ni juga saje saja nak tempah awal, sebab tahun lepas, baju raya tempah last minit, sudahnya, raya haji pun tak dapat gak pakai baju tu.

So, sms dengan Adi, bagitahu kat dia petang ni nak hantar kain kat rumah dia. Petang tu pula, pergi hospital dulu tengok Isha (adik sepupu yang sangat anti dengan spider OK). Isha demam, admitted dah 5 hari hari Sabtu tu. Tengah lepak-lepak kat wad melayan Isha, Adi call kata dia nak pergi taman Banting (taman ni depan hospital yang spider pergi ni je... so spider cakap kat Adi, Oh, kalau macam tu jumpa kat taman depan hospital ni jelah, senang. tak yah hantar kat rumah.

Spider pun dengan sepupu lagi sorang (kak Uda) pergi jumpa Adi kat tepi jalan, depan taman, bagi kain yang nak ditempah tu, dan bincang lah segala apa ke fesen yang nak dibuat..lama gak bincang nak buat cam ginilah, cam gitulah. Kak Uda pun nak tempah gak baju kat Adi, first time nak cuba tailor spider ni. Hopefully kak Uda suka ye nanti. Nasiblah Adi ni faham ragam and kerenah customer..macam2 nak request. Tepi jalan pun jadi...bisnes di mana-mana kononnya...(betul lah tu kan). Contohilah Adi yang rela jumpa customernya walau di mana dia berada, walau apapun yang dia nak lakukan. Dia pergi taman tu sebab nak berjoging dengan anak-anak buahnya. Sorilah kacau ye Adi. Lepas ni kat mana-mana pun OK je kan buat nak hantar kain. Peace...

Tengah Gian.

Wups!janganlah buat andaian melulu tentang tajuk entri kali ini. Sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah tengah gian buat slide. Kenapa ntah rasa macam suka je nak buat slide. Mungkin sebab baru je tau nak buat kot...sedangkan orang lain dah boring buat slide..tak pelah kan..bagi chance kat yang baru tau ni. Harap-harap kepada sesapa yang baca atau singgah kat blog ni, janganlah lupa untuk menatap sekejab pun tak pe, slide2 yang dah ditempelkan kat sini... tengok ye, tengok tau. TQ...

Isnin, 1 Jun 2009

Tak Faham & Tak Suka

Tak faham...

Pernah tak dengar iklan dalam radio Era (tak pernah lagi gengar kat radio lain), bunyi nye lebih kurang macam ni, "Hai, saya Ning Baizura, terima kasih kerana menyokong karier ning,bla...bla...bla...ning bukanlah seorang yang luar biasa, tetapi hanya insan biasa yang ada batasannya, bla...bla...bla...tetapi sekarang ning berasa teramat penat." Habis.lebih kurang macam tulah bunyinya...spider tak faham iklan ni pasal ape sebenarnya?tergantung macam tu je. Tak faham tak faham.

Tak suka...

Kes yang tak suka sekarang ni ialah kes artis Malaysia, si Waheeda and Akhil. Tak suka benar hal kisah macam ni. Tapi yang memang spider pasti, Waheeda is not my favourite artist dari awal2 dia jadi penyanyi lagi. Bukan setakat tak favourite, memang out of favourite langsung...walaupun mak spider suka kat dia ni, tapi sekarang mak tengoklah hal yang dah kecoh sekarang, penangan dari artis kegemaran mak ni ek...(rasanya mak dah tak suka juga kot Waheeda ni). Memang tak tahu mana betul mana salah, tapi secara logik akalnya, fikir2lah sendiri...
Blog Widget by LinkWithin