Ahad, 24 Mei 2009

Huruf Pangkal Nama dan Peribadi.

Kat entri ni cuma pamerkan nama-nama yang ada kaitan terdekat dengan spider sahaja. Kalau nak full dari A-Z, sila ke blog PROFkusut ni ye. OK, jom tengok kot-kot ada yang sama dengan you all punya nama.

B (nickname orang yang penuh kasih sayang)
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.strong>

D (nickname tuk baby Sg. Manggis tu yer...)
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

I (nama orang yang penuh kasih sayang)
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

M (my abah n bros 3 orang semuanya start nama dengan huruf M)
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N (ni untuk my best buddies...ada beberapa yg start huruf N, TQ kat Dhila yg ingatkan, sebenarnya memang nak letak. Serius. Tapi tgh buat2, dlm otak ni cuma ingat nama family jerr...)
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

S (my emak punya nama start huruf ni)
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T (spider punya nickname mula dengan huruf ni. tapi tak semestinya betul yer)
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

Y (nama betul spider start huruf yang ini. my sis sorang tu pun sama.)
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.


Itu saja yang nak share hari ni :) Have a nice day!

Jumaat, 22 Mei 2009

Lagu Saat Ini.

Exist - Buat Kita (Kasih Seharum Mawar)

Bagiku dalam medan cinta
Tak siapa menang atau kalah
Yang ada hanya rindu dan lara
Andainya tak siapa yang beralah

Berbalah bukanlah sengketa
Hanya rahmat Tuhan buat kita
Supaya jadi lebih mesra
Antara kita nanti tiada lagi
Jurang yang memisah

(Korus)
Demi satu jiwa
Satu alunan irama
Melamar kasih seharum mawar
Demi satu jiwa
Satu impian yang indah
Mencipta hari yang paling sempurna

Bagiku dalam medan cinta
Tak siapa gagah aatu lemah
Yang ada hanya keluh dan resah
Andainya tak siapa yang percaya

Segala punyai natijah
Dari niat hingga gerak langkah
Cemburu juga buruk sangka
Sekelip mata kita terleka
Lalu di rundung kecewa

Jangan sesekali
Kau anggapkan wahai kasih
Kata-kata rayuanku
Hanya mainan alasanku
Menjeratmu

Supaya jadi lebih mesra
Antara kita nanti tiada lagi
Jurang yang memisah

Khamis, 21 Mei 2009

Lubang Minyak Hitam.

Semalam kan, gelabah je bila tengok ada kesan minyak hitam kat bonet depan, sekali buka bonet tu, memang sah penutup minyak hitam dah tak ade... patutlah minyak tumpah.

Minta bantuan Anip (my cousin) suruh datang tengokkan kereta ni (kat tempat kerja, mahu tak gelabah, kalau kat rumah takpe). Lepas ofis hour, diapun datang bawa penutup minyak hitam lagi satu. Dia belikan sebelum sampai tempat kerja spider, satu RM8 (bayar balik tau).

Dia pun bukalah bonet depan kereta tu. Tak sangka lak Anip cakap "ni ada tutup minyak hitam ni". Spider pun jenguk-jenguk dan berkata "tu kan tak de tutup tu (dengan nada confident)" Anip balas balik "ni lah...bukan yang ni. Ni lubang ape,lubang bagi sejuk enjin..." Spider nak kata apa kan, dah memang sah-sah baru kenal mana satu lubang minyak hitam.. Hu hu...Sori Anip...

Nasib Anip tak bengang, yelah dahlah kena carikan penutup lubang minyak tu, singgah lagi tempat kerja spider (nasib ofis tempat kerja dia tak berapa jauh dengan tempat kerja spider. Tapi ni dah kira nyusahkan orang juga lah kan (tau tak pe ok.

Rupa-rupanya minyak hitam tu keluar dari cover bonet. Semalam memnag betul cover lubang tu hilang ntah ke mana, sampai rumah je tengok melimpah-habis kena kat tepi-tepi lampu. Kiranya ni minyak hitam semalam yang telah terperangkap dalam celah-celah lubang cover bonet. OK OK, pasni dah tau dah mana lubang minyak hitam. Yang peliknya, kenapa tak rasa malu kat Anip?hihi...Diapun faham dah akak sepupu dia yang sorang ni kadang-kadang macam sengal sikit.

Isnin, 18 Mei 2009

H1N1 Again.

For more info about Influenza A / H1N1, please click here

Khamis, 14 Mei 2009

Halal ke Air Ini?

Kali ni nak luahkan pendapat spider tentang produk minuman keluaran Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB). Nama air minuman ni 'ISTAK'. Tak tahulah, kenapa senang-senang status halal diberikan pada produk ni. Entahlah, kadang-kadang tak faham kenapa benda yang nampak macam tak logik dah jadi logik? Benda yang secara logik dan asasnya tak boleh diambil oleh umat Islam, tapi dilabel HALAL.

Kononnya Non-alcaholic beverage/ malt beverage. Apa semua ni? Walaupun kau, wahai 'ISTAK' tidak mengandungi alkohol, tapi kau sedar tak 'ISTAK' yang kau telah dizahirkan dalam bentuk yang seumpama atau seakan-akan minuman haram lagi syaitan bagi umat Islam iaitu arak / beer / ape2lah yang sewaktu dengannya? Ni, baca hadis ni betul-betul dan fahamkan...

“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Cubalah fahamkan betul-betul hadis kat atas ni wahai manusia-manusia semua. Dulu time spider sekolah rendah dalam 10tahun macamtu, ustazah ada cakap, air kosong masak tu pun kalau kita minum, tapi kita anggap itu arak, hukumnya HARAM. Inikan pula lagi 'ISTAK' ni yang dah tentu-tentu botol pun macam botol minuman syaitan tu, boleh dilabel 'HALAL'. Oh...mungkin ada yang kata 'janganlah anggap kau minum arak, sebab tu memang bukan arak...' Kalau ada yang kata begitu silakan, tapi spider tetap tak setuju yang 'ISTAK' ni halal.

Secara fitrahnya, bila tengok je botol 'ISTAK' ni, kita pasti akan terlintas di dalam kepala, 'eh, botol ni macam botol arak!'. Bagi spider, persamaan botol ni sahaja telah menimbulkan pelbagai syak dalam hati. Kenapa perlu nak keluarkan minuman non-alcohol dalam bentuk botol yang serupa dengan minuman yang ada alkohol? Ni tak lain tak bukan kononnya untuk jaga standard pembeli. Pembeli yang macamana tu fikirlah sendiri. Spider tak mahu buat tuduhan melulu, tapi sejujurnya pasti ada segelintir pembeli berasa bangga kerana dapat membeli 'ISTAK' ni nanti yang seumpama botol arak ni, dan juga berasa megah kerana dapat menikmati kelazatan (agaknyalah lazat) 'ISTAK' yang warna airnya pun saling tak tumpah dengan warna air syaitan.

Mungkin spider jahil atau dianggap stupid sebab berpendapat yang 'ISTAK' ni tak halal, tapi this is my opinion, this is my stand. Whatever orang kat luar sana nak setuju dengan status 'HALAL' air ni, spider tak kisah pun... Sukahati lah. Selagi botol 'ISTAK' ni macam botol arak, selagi air dia pun warna cam air arak, selagi tu spider tak setuju dengan status 'HALAL' yang diberi pada 'ISTAK'.

Cuba baca artikel kat bawah ni,

ISTAK is leader of the market for producing NON Alcohlic beer in Iran. Raw materials are sourced from well-known companies such as Dohller Co and Givaudan. The product of this company with ISTAK brand is supplied in 10 flavors with two kind of Packaging – Aluminum Can & Glass bottle - with 2million production in a day. ISTAK is the leader of the market in Iran and whilst the main export country destinations include Lebanon, Pakistan, Afghanistan, Turkish, Iraq and Malaysia the company is open to opening new export and distribution channels in South Africa.



Artikel ni diambil dari link ni, sila klik kalau berminat nak tahu lebih lanjut.

------------------------------------------------------------------------


Lepas tu cuba baca kat bawah ni pula (sori, lupa sumber artikel ni)




IRANIAN beverage manufacturer, Arpanoosh, will invest ?10 million (RM47 million) in a filling plant in Malaysia for its range of non-alcoholic malt beverage, Istak.The company, through its exclusive distributor for Asia-Pacific, Malaysian Iranian Corp Sdn Bhd, is also on the lookout for joint-venture partners to establish bottle and can manufacturing plants in Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------

Bukan nak kata apalah, cuba cari apa perbezaan antara 2 artikel ni. Dah tentu-tentu boleh nampak perkataan yang telah pun di'bold'kan kat atas tu. Satu guna non-alcoholic beer, satu lagi guna non-alcoholic malt beverage. Apa lah makna semua ni? beer ke malt beverage? Bagi spider, sama je. Cuma perkataan malt beverage tu seolah-olah untuk 'menghidupkan ' lagi status "HALAL' yang telah diberi pada 'minuman ni. Kalau betul lah minuman ni tak ada kena mengena langsung dengan beer, sudah tentu penggunaan non-alcoholic beer tidak digunakan langsung dalam mana-mana article. Benda ni sensitifkan? Semua umat Islam tahu kan?

Memang tak puas hati yang teramat sangat bila dikatakan 'ISTAK' ni mempunyai kebaikan untuk kesihatan. YES, tidak disangkal, mungkin benar minuman ni boleh turunkan paras kolestrol, bagi tenaga and so on so on... So, sama jelah dengan umat zaman nabi dahulu yang meminum arak dan pada waktu itu tiada lagi wahyu yang diturunkan ALLAH S.W.T. tentang pengharaman arak. Zaman Jahiliah dulu, diaorang minum arak kononnya boleh bagi kesihatan pada diorang, dan yes, memang ada betulnya, tapi mudaratnya pula lagi banyak, lalu ALLAH S.W.T memerintahkan pengharaman arak.

Rasa nya ramai yang tahu bahawa Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu. (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad) - (hadis ni dapat dari email yang telah dihantar oleh Farah. TQ Farah).

Memang masih tak faham dan tertanya-tanya, kenapa mudah sangat nak bagi status 'HALAL' pada minuman yang macam ni. Risau gak kalau satu hari nanti semua botol minuman yang halal ditukar kepada rupa bentuk botol yang macam ni, silap-silap hari bulan, orang beli arak pun kita kata 'tak lah...air halal tu...' nak ke jadi macam tu? Ke mana perginya nilai-nilai unik dan suci agama kita? Bukan nak berceramah, tapi inilah yang spider duk tak faham dan rasa sangat-sangat tidak bersetuju. Fikirlah sendiri secara asas dan secara mendalamnya.

Bukan nak salahkan sesiapa, mungkin ada pihak yang boleh tampil secara terang-terangan bagi membuktikan bahawa air 'ISTAK' ni langsung tiada was-was dan ragu-ragu untuk dibeli dan diminum oleh umat Islam. Kalau ada sila dipersilakan buat pengumuman di media-media. Biar semua orang jelas. Tapi bagi spider, spider tetap tak akan yakin. This is my right, and I really don't care about others. Nak tau macam mana rupa 'ISTAK' yang 'HALAL' ni? Tengoklah kat bawah ni. Pasti ramai yang dah tahu jugakan. Saja nak bagi terang dan jelas pada sesiapa yang baru tahu macam spider sendiri. Boleh tak renung kejab nilai 'HALAL' pada air yang macamni...





non-alcoholic beer...hmmm.... non-alcoholic malt beverage....hmmmm.... HALAL!!!hmmmm.....Apa-apa ntah...

Rabu, 13 Mei 2009

Lagu Baru Farah Wahida.

Lagu Farah Wahida yang baru 'Panah Asmara' best lah...
Very like it!

Sesapa yang ada lirik boleh bagi? Tak jumpa lah cari sendiri.

...panah asama..ku bersamanya..(tak tau tak tau tak tau tak tau)....tepat di dada...menyerah saja...kau bersamanya...(lalalalala-tak tau...)

Tolonglah sesapa yg ada yer.. TQ in advance!

Apa yang Lelaki Mahu?

Info di bawah diambil dari Harian Metro ruangan Hati.
Apa yang lelaki mahu dalam hubungan? Kepada para wanita di luar sana, cuba baca info ni (kepada sesiapa yang telah baca, janganlah malu-malu untuk membacanya lagi, TQ). Mungkin lepas ni kepada sesiapa yang blur blur tentang kehendak lelaki ni (pernah terjadi pada spider sendiri), mungkin info di bawah dapat membantu anda.
Walaubagaimanapun, memang tak semua lelaki itu sama, dan ini cuma sekadar general info. At least ada idea sikit kan... Baca ye...

--------------------------------------------------------------

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.

Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan? Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia serta boleh berkongsi hal peribadi.

Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.

Mereka suka wanita lemah lembut, penyayang, matang, belas ihsan namun berpendirian teguh, tegas, berdikari serta bijaksana.


Teman yang tegas jadi penyokong

Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.

Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik antara ciri yang sangat penting. Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka dan bukannya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.


Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.

Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka. Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.


Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Anda mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan. Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.


Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.

Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.

Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.

Begitupun, peringkat kematangan lelaki ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat.

-----------------------------------------------------------------

Dapat dah ye idea sikit-sikit...adakalanya kaum lelaki memang complicated..lebih-lebih tak boleh, kurang-kurang lagi tak boleh. Spider pun belajar untuk menjadi secukup rasa. Yum yum!

Rabu, 6 Mei 2009

Dialog 2 Beradik

1 malam di meja makan kat rumah. Si adik yang berumur 11 tahun, bersuara kepada kakaknya yang berumur 25 tahun.

Adik Nazri: Long, betulke anak dara kalau nyanyi-nyanyi kat dapur, nanti dapat suami tua?
Kak Long: Ntah, tak betul kot, orang dulu-dulu je cakap macam tu. Takut nanti semua yang dimasak tu hangus.
Adik Nazri: Cubalah buat long, along nak masak tu, along nyanyi2. Along kan suka gak nyanyi..mana tahu betulkan, dapatlah along kawin dengan orang tua. Orang tua kan selalu kaya. Kita boleh tumpang senang sekali (sambil tersengih).
Kak Long: Habis tu nanti kalau dapat orang tua kaya, pakwe along sekarang ni camne?
Adik Nazri: Oh, a'a yek..hehe...tak payahlah, kita saja je cakap.

Kenapa adik Nazri jadi materialistik ni?

Isnin, 4 Mei 2009

Tag Lain.

Tag ni di copy dari MMmm..Do I care....punya blog..layan
..................................................................................
1. Kekasih saya sekarang adalah-
orang yang penuh kasih sayang
2. Saya sedang mendengar-
orang menyembang
3. Mungkin saya patut-
elakkan diri dari tido semasa SMS
4.Saya suka-
bila takde kerja, blh update blog :)
5.Sahabat-sahabat baik saya-
suka cakap spider gatal (iye kot)
6.Saya tak paham-
bila tengok cerita tamil tanpa subtitle, cerita cina ok lagi sikit-sikit
7.Saya tak mahu kehilangan-
family dan orang yang penuh kasih sayang
8.Ramai yang berkata-
biarlah diaorang nak kata apapun..tak ambil port sangat
9.Makna nama saya-
tak jumpa lagi maksud sebenar
10.Cinta itu adalah-
keindahan, kebahagiaan, kejujuran, keikhlasan & kemarahan
11.Di suatu tempat, bila saya seorang diri-
tgk keliling, dah selamat, blh tido
12.Saya akan cuba-
buat terbaik tuk orang yang penuh kasih sayang
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud-
hingga ke mati
14.Telefon bimbit saya-
nokia 3230 (ni pun adik sedekah)
15.Bila saya terjaga dari tidur-
terus tengok handset (tgk msj yg masuk semasa tidur)
16.Saya paling meluat apabila-
orang kerek nak mampus (lagi-lagi kalau spider customer)
17.Pesta adalah-
tempat muda mudi kot
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah-
banyak juga..tak ingat
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah-
20an, nak menggatal pun parent tak bising sgt dah...best je
20.Hari ini-
gaduh2 gak sikit dengan orang yang penuh kasih sayang..dia kata marah tanda sayang :( ok...kalau sayang betul takpe...
21.Malam ini saya akan-
bagitahu dgn dia kalau dah rasa nak ngantuk dan nak tidur
22.Esok pula saya akan-
tungkus lumus contact buyer (hal kerja ni, bagus tak spider?)
23.Semalam saya telah-
makan nasi himpit dengan rendang ayam yang mak buat (macam dalam raya gamaknya..sedap..TQ mak)
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini-
nasib baik tak ada jerawat baru muncul
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan-
Shopping centre ler...
26.Makanan Barat atau Jepun-
mana-mana pun boleh..tp kalau dating, sure tak amik jepun dishes
27.Bilik yang terang atau gelap-
terang kalau sorang-sorang, kalau dah kawin, nak gelap (boleh camni?hihi)
28.Makanan segera adalah-
yang tak berapa sihat untuk diamalkan
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?-
"takpe takpe, buat slow slow." kata kepada farah sebelum menjawab soalan ini
30.Hari ni rasa seronok-
kalau kerja tak banyak masuk (hari-hari seronok kalau kurang kerja..hihi)

Kelebihan Solat Dua Rakaat.

Nak suruh you all baca artikel kat bawah ni, diambil dari Harian Metro ruangan Ad-Din. Baca lah yer, untuk info hidup.

--------------------------------------------------------------

SELEPAS mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah mencipta baginya 200 sayap yang setiap satunya antara timur dan barat (ada pendapat menyatakan 124,000 sayap).

Selepas Jibrail memandang dirinya sendiri, dia berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau mencipta makhluk yang lebih baik daripadaku?"

Lalu Allah berfirman yang maksudnya: "Tidak". Kemudian Jibrail berdiri dan solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Selepas selesai bersolat, maka Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kamu menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan tiada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad dan dia mempunyai umat yang sentiasa berdosa. Jika mereka mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar itu dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar, maka Kami demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.

Kemudian, Jibrail berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal". Kemudian, Jibrail meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'wa.

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara iaitu:
1) Allah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2) Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3) Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
4) Allah menyembunyikan lailatul qadar di bulan Ramadan.
5) Allah menyembunyikan solat paling utama di dalam solat (lima waktu).
6) Allah menyembunyikan (tarikh terjadinya) kiamat di dalam semua hari.
Blog Widget by LinkWithin