Akhirnya pada hari Sabtu yang lepas, dapat gak angkut adik-adik lelaki spider pergi tengok wayang cerita Transformer. Biarpun dah nak masuk sebulan cerita tu kat pawagam, orang masih ramai berduyun-duyun nak tengok cerita tu. Spider tak ikut pun cerita ni dari movie first dulu. Kali ni baru nak tengok, itupun setelah didesak oleh adik-adik yang bertuah ni.
First time pergi dulu, konon nak tengok kat Sunway Pyramid (SP), sampai je sana tengok kat screen jadual tayangan tu, dari pukul 5lbh punya tayangan ke malam, tinggal few je. Yang tayanagn sebelum2 tu jangan ceritalah, memang dah full. Orang yang beratur lak time tu memang tak hengggat...ramai giler...so, memang impossible nak dapat tiket pukul 5lbh tu OK... Jadi dengan perasaan hampa dan ala-ala sedih (sebab yang sedih sangat of coz lah adik spider yang darjah 5 tu, die yang duk merayu pagi petang siang malam ajak g tengok time hujung minggu) balik je rumah sebelum merayau2 jab kat dalam SP tu.
Cubaan kedua pula, konon nak tengok kat Mines, time tu hari Khamis, tapi pergi dengan orang yang penuh kasih sayang(dia pun minat beno cite ni), bukan dengan adik. Ingat sempatlah nak tengok time tu, tapi tak sempat juga... Tak jadi lagi.
Kali ketiga mencuba baru lah dapat tengok kat Jusco Bukit Tinggi. Itupun dapat seat baris nombor dua dari depan, memang jerawat Megan Fox pun nampak OK...Dekat gile dengan screen. Nasib gak ada kosong selain yang baris depan sekali. Bila movie nak start, masuk pawagam dan rupanya yang baris depan pun masih ada yang nak layan walaupun cerita ni dah nak sebulan (ke dah sebulan ntah).
Part paling sweet bagi spider, time Micaela transform her cloths from jeans to gaun, and standing in front of Sam with flowers at her hand.
Part paling best lak time Jetfire hidup balik and bagitahu yang die sokong autorobot...bukan the fallen yang jahat nak mati tu..
Part paling lucu, time si major jeneral ke ape ntah pangkatnya nak selamatkan seorang yang berpangkat beso ni (yang cam nak botak pakai kot je tu, ada ingat tak namanya?), sebab diaorang semua dgn kapal tu nak ke padang pasir atas request geng Sam ni kan. Jeneral ni suruh dia terjun dari kapal terbang, dan bgtau jgn risau, payung terjun dah disematkan kat belakang, cuma tarik picunya sahaja...tp si sengal botak ni (watak die memang sengal, berlagak dan tak sependapat dengan jeneral2 yang lain, tapi die pangkat besar) g tarik picu tu sebelum terjun, so apa lagi, belum habis penerangan, selamatlah kau kena terbangkan dek payung terjun...
Part paling tak best bila the Fallen dapat rampas balik Matrix dari Optimus...dahlah Sam bergadai nyawa nak letakkan kat Optimus, bila dah berjaya, alih2 si fallen lak dengan mudahnya merampas dari dada Optimus, mujurlah Jetfire berkorban jiwa dan raganya pada Optimus..huhu...tak berbaloi...
Ni pendapat spider je tentang cerita Transformer ni... Movie dah nak basi baru dapat g tengok...ui ui....... Sekian.